Artis / Selebriti
” Bagus Amir ni, tak memilih. Terima je apa orang bagi.. ” – Netizen

Tersentuh Melihat Adik Amir Bawa Plastik Sebagai Beg, Radin Dan Pak Azad Belanja Amir Beg Baru. Wah Happy Tengok Muka Amir Bila Radin Dengan Pak Azad Suruh Pilih Beg Tu. Malu-Malu Amir Nak Pilih, Comel Sangat !!
Geng 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Pak Azad telah menemuramah adik Amir dari program The Chosen One pagi tadi. Selesai sahaja bersiaran di konti, Radin dan Pak Azad membawa Amir ke sebuah mall untuk memberikan surprise kepada Amir.
Meninjau akaun Instagram Era, beberapa buah video telah pun dikongsikan yang memaparkan perjalanan mereka ke mall. Kata Radin, mereka rasa tersentuh melihat Amir hanya membawa plastik yang dijadikan sebagai beg. Kerana itu, Radin dan Pak Azad berbesar hati untuk berkongsi rezeki dengan Amir.
Sebelum sampai ke kedai, mereka disapa oleh seorang aunty dan Amir diminta untuk menyanyikan lagu Sesungguhnya. Sebak juga auntie itu mendengar suara Amir. Alahai adik Amir, suara emas yang ada aura, permata yang bakal bersinar.
Radin dan Pak Azad memilih beberapa buah beg supaya Amir memilih yang mana dimahukan. Amir kelihatan malu-malu namun kelihatan begitu gembira. Ianya pasti menjadi hadiah yang berharga buat Amir. Boleh lah selepas ini Amir bawa pergi ke sekolah, ke sesi latihan nyanyian atau ke mana-mana sahaja.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih banyak tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dia malu sebab dia tak biasa keadaan macam tu.. Bertuah adik Amir ramai yg sayang dia semoga amir sentiasa Mengingati Jasa Mereka.. ”
” Kalau budak2 bandar ni, selamba je tunjuk nak mana… Amir ni masih malu2.. mungkin jarang berbelanja.. tahniah Amir.. ”
” Puma tu sgt cantik.. bertuah adik amir.. rezeki.. terima kasih radin dan pak azad belanja amir.. suka tgk video2 adik ni.. ”
” Biasa la budak-budak malu.. tak pernah dapat macam ni. tak biasa orang belanja barang mahal. semoga amir berjaya dalm the chosen one.. ”
” Bagus Amir ni, tak memilih. Terima je apa orang bagi. thank you so much Pak azadsyaziraroses , radin_era and team era.je bagi bag dekat adik Amir ni. You guys memang owsemm.. ”
” Amir malu-malu nak pilih tu. suka tengok muka amir happy dapat beg baru. Alhamdulillah rezeki Adik amir,semoga jadi anak soleh aamiin.. ”
” Amir pun speechless orang suka dia.. amir dengan dia punya blur berp1sah tiada haha.. seronok amir dilayan baik macam ni.. rezeki amir.. ”
Bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Melimpah ruah rezeki adik Amir dan beruntung kerana bertemu dengan orang yang baik-baik. Semoga Amir akan mencapai kejayaan dan selalu merendah diri sebegini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Short, simple and sweet. Dia betul betul mengangkat darjat Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sejak bila Abang Long lucu. Dengan Amira, keluar perangai sebenar dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Comelnya gelagat kak long di dapur. Geram dengar dia cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terngiang-ngiang Kak Ning punya suara bila mengaji. Sedap sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Banyak kali saya menangis hari ni. Terharu tengok keluarga YB menerima Bella seadanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Takkan lah friendzone macam tu, banyak hint dah bagi.. ” – Didi Astillah