Connect with us

Artis / Selebriti

” Baca skrip bukan main, sekali bila tengok haha.. ” – Netizen

Video Anak Sharifah Shahirah, Adeena Membacakan Kad Ucapan Selamat Hari Bapa Untuk Ejoy Azari. Amb0i Deydey, Panjang Betul Wish Tu. Bila Ditunjukkan Tulisan Dalam Kad, Tep0k Dahi Daddy !!

Pasangan Sharifah Shahirah dan Ejoy Azari antara pasangan yang jarang terpal1t dengan sebarang kontr0versi. Bahagia dengan cara mereka tersendiri, Shiera dan Ejoy sudahpun dikurniakan 4 orang anak iaitu Airell, Airra, Audra dan Adeena.

Jika sebelum ini, Ejoy berkongsikan video anak ketiganya Airra menunjukkan bakat bermain gitar, kali ini gelagat si bongsu Adeena pula dimuatnaik Ejoy. Dipanggil dengan nama Deydey, anak kecil ini juga petah bercakap sama seperti ibunya, Shiera.

Dalam video ini, Deydey memegang sekeping kertas berwarna putih yang dilipat seperti kad. Sempena hari bapa, Deydey juga membuat sekeping kad untuk Ejoy. Mengucapkan selamat hari bapa, Deydey juga meminta maaf dan mengatakan dia sayangkan daddy.

Apabila diminta Shiera untuk menunjukkan tulisannya, yang terlihat cuma c0ntengan berwarna merah beralun. Betullah kata Ejoy, bacanya panjang tetapi tulisannya pendek amat. Pandai Deydey membuat ayat, cara merenung kertas tu macam betul-betul panjang sahaja tulisannya.

Jom tonton video di bawah :

Gelagat Deydey membaca kad ucapannya ini membuatkan peminat terhibur. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Comel je deydey ni, dah macam cerita pendek4r bujang lapok. yang ditulis lain, yang dibacanya lain daa haha. lawak macam maknya juga ni.. “

” Kelakar macam mak dia lah deydey ni, slang tu sedap je dengar. Mesti besar nanti nak jadi doc tulisan macam tu.. “

” Alahai deydey, tersemb0r melihat karyanya nak haha. baca skrip bukan main eh deydey. You cheer me up.. “

” Aunty tunggu nak tengok apa yang deydey tulis short hand. sekali deydey pus1ng haha. Ni betul betul short deydey, beralun-ralun lagi.. “

” Beria auntie tggu nak tengok short hand writing dia. sekali Alun alun alun. yea maknya pun panjang je aaa tu haha. Bijak deydey buat teks ucapan sendiri hehe.. ”

” The way dia baca tu dah macam betul-betul dah. Lamb4t-lamb4t macam tengah mengeja. Sekali bila tengok, nah kau. Deydey ni clever sgt la, g1g1t kang.. “

” Clever girl deydey, besar nanti jadi doktor nih. Macam cerita PRamlee daa, lain betul ucapan dengan tulisan tu haha. deydey comel dan so funny lah.. “

Semakin besar, semakin comel bud4k Deydey ini. Bercakap pun banyak boleh jadi g4ng mommynya. Apa pun, semoga Deydey membesar dengan sihat selalu dan jadi anak yang selalu membanggakan kedua ibu bapa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ejoyazari, IG Deydey.ejoy

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT