Artis / Selebriti
” Babah, U kuat. I tahu U redha apa yang berlaku. Tapi I sebaliknya.. ” – Kiah Propa

Perkongsian Kiah Propa update terbaru daripada doktor mengenai kondisi semasa kesihatan suaminya, Nazri buat ramai sebak. Lagi bertambah sedih bila baca kapsyen yang Kiah tulis. Besar betul dugaan untuk Kiah dan suami..
Beberapa hari yang lalu, usahawan dan juga pelakon, Kiah Propa ada berkongsikan video majlis akad nikahnya bersama bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail. Setelah berfikir panjang dan demi menjaga aurat dan batas sepanjang menjaga Nazri yang mengidap kanser leher, Kiah bersetuju menjadi isteri Nazri buat kali kedua.
Menerusi perkongsian terbaru Kiah di akaun Instagramnya, telah dikongsikan kondisi terkini tahap kesihatan Nazri. Kata Kiah, hari itu 20 November adalah hari yang paling mengecewakan untuk Kiah apabila doktor yang merawat Nazri memberitahu sel kanser Nazri sudah merebak ke paru-paru dan bawah ketiak.
Plan asal untuk melakukan pembedahan tidak dapat diteruskan kerana sel kanser ini terlalu agresif dan sekiranya pembedahan diteruskan, ianya sangat merisikokan untuk Nazri. Kimoterapi juga tidak dapat membantu kerana ianya hanya sekadar menidurkan sel dan bukan mematikan sel yang sedang berkembang itu.
Hati isteri mana yang tidak hancur mendengar semua itu. Ditambah lagi melihat anak-anak yang masih kecil, dugaan yang cukup berat untuk Kiah. Nazri redha dengan ketentuan Ilahi namun untuk Kiah, dia tidak kuat untuk melihat Nazri menderita sakit seperti itu.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian oleh Kiah ini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Wahai Allah angkat lah darjat wanita mulia ini… limpahkan rezkinya kurniakan dia mawaddah sakinah dan rahmah terima amal solehnya buat suaminya.. “
” Kiah hero sebenar.. kuatkan semangat awak terpilih untuk dapat saham akhirat,Syurga lah tempatmu Kiah moga business maju kiah ada rezeki bawak abangmu pegi umrah kiah.. “
” Teruskan berusaha kak… don’t give up Dan berdoa …. Mati itu pasti, just kita x Tau bila Dan cara mcm mne… sekurangnya, kita telah ada amaran itu… Allah lebih mengetahui Dan ianya beyond our control. Keep fighting kak… this is our body yg dipinjamkan olehNya. Jgn mengalah.. “
” Sedihnya, tabah dan kuat Kiah.. InshaAllah moga di permudah kan urusan rawatan serta Allah kurniakan kesihatan yg buat suami n Kiah.. “
” Allahuakbar… ya Allah angkatlah segala penyakit yg ada pada suami kak kiahpropasebenarr akak kena kuat semangat percayalh Allah maha baik aamin allahumma aamin.. “
” Ehh oiii, moga Allah permudahkan segalanya.. Semoga kiah dan suami kuat.. InshyAllah Allah permudahkan urusan kesihatan suami kiah.. “
” Terus kuat kiah walau pn itu sukar. ternyata awk superwoman sbb tu awk terpilih utk semua ni.. rujuk balik demi utk memudah kn aurat nk jaga dulu bks suami but now suami.. “
Waktu-waktu yang sukar untuk Kiah dan suami serta anak perlu tempuh. Semoga ada keajaiban dan Allah kurniakan kesembuhan untuk suami Kiah. Sama-sama kita mendoakan agar penyakit suami Kiah ini boleh sembuh dan sihat seperti dahulu. Mungkin ada antara doa-doa kita semua yang diangkat oleh-Nya. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Kiah Propa Sebenar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah
-
Viral3 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen