Artis / Selebriti
” Ayah tu pura-pura kuat tapi dialah yang paling sedih. Berjurai air mata aku, sedih weh.. ” – Komen Netizen
Video moment seorang ayah menyuapkan makanan untuk anak bongsunya sebelum anaknya berlepas untuk misi Mallbatt buat ramai menangis. Sedih tengok saat ayah nak melepaskan anak perempuannya pergi. Sebak sungguh…
Malaysia Batalion atau pun singkatannya MALBATT merupakan batalion ketenteraan Malaysia yang bertugas di luar negara. Anggota Tentera Malaysia (ATM) diamanahkan untuk melaksanakan misi pengaman dan kemanusiaan di Lubnan.
Terbaru kumpulan Batalion Maysia 850-12 atau singkatannya MALBATT 850-12 telah pun berlepas ke Lubnan untuk menggantikan batalion terdahulu. Pelbagai ragam yang menyayat hati dapat dilihat antara anggota ATM dan ahli keluarga yang mengiringi pemergian mereka di pangkalan udara Subang.
Menerusi perkongsian di akaun Farah Radzi dan Ekin Radzi, telah dikongsikan moment akhir sebelum adik bongsu mereka berlepas. Ayah mereka menyuapkan makanan untuk si bongsu yang akan pergi berjuang demi keamanan sejagat. Video itu menyentuh hati ramai warganet dan membuatkan ramai yang turut menangis.
Saat ketika ayah dan ibu berpelukan bersama anak bongsu mereka ini juga meruntun hati. Berat untuk melepaskan tetapi demi tanggungjawab semuanya perlu redha. Ayah kelihatan tenang tanpa setitik air mata, namun riak wajahnya terpancar kesedihan yang ditanggung dan diselindungkan daripada si anak.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@cik_farah93 edit caption..ada yang trigged plak..terima kasih yang mana mendoakan keselamatan adik bongsu kami Alhamdulilah suapan nasi lemak sambal udang , ayah mak untuk anak bongsunya..jumpa lain hari plak adik.. #sambaludang #anakmakayah #sibongsukami🥰😘💞
@ekin_radzi Jagakan ia utk kami#fypdongggggggggシ #fypシ゚viraldoakan semuanya di permudahkan
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ya Allah…. semoga mak abah dan adik bongsu sihat² yer… sy kat tempat kerja nii menangis jgk.. ayah tu mmg seorg yg kuat, dia menahan air mata dari jatuh, seolah-olah dia ok je dpn anak dia.. “
” Perit gila makan sambil nangis. rasa macam telan pasir. semuga smua yg terlibat dgn malbatt sentiasa ddlm lindungan ksih syg ALLAH sllu..vtt ngundang air mata sy.. “
” Nangis tengok nak nak lagi dengar lagu salam terakhir.. ayah tu pura-pura kuat tp dialah yg paling sedih.. teringat dekat arwah mak abah dan suami.. “
” Semoga Allah lindungi semua team Malbatt . Selamat pergi selamat kembali ke pangkuan keluarga.. “
” Kak tak baik bd saya nangis tau hati saya tisu.. ayah rilek lagi muka…. mak nk bejurai dh air mata tu… ni la ayah x kn tunjuk sedih dia depan anak-anak.. “
” Bab-bab mak ayah memang tak bolehla.. laju je air mata turun.. tak pasal air mata mengalir laju.. pak cik tahan air mata kan saya tahu, dalam hati pak cik Allah je tahu.. “
” Dia yang makan.. kita yang kuar airmata ni. tak tergambar rasa sedih ayah nak lepaskan anak pergi. riak wajah tu faham ayah tengah menahan airmata.. “
Tidak tergambar rasa sedih dalam hati seorang ayah tetapi begitu lah ayah, tidak akan tunjukkan kesedihannya di hadapan anak-anak. Semoga semua wira dan wirawati negara kita dilindungi oleh Allah selalu sepanjang berada di sana dan selamat pulang ke tanahair setelah selesai misi nanti.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Farah Radzi, Tiktok Ekin Radzi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ala kalah la Dekta macam ni. Sedap doo suara Matin. Lock lah macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Una langsung tak pandai cover gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara dia berdiri, gerakan tangan dia sebijik macam arwah ibunya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Falah pandai menyanyi, sedap suara ketua. Part last tu lawak, adoi ketua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ni baru penyanyi, jadi bertambah sedap lagu ni bila Amira nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ni menari sopan namanya bukan kayu. Cute macam Kpop dulu-dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Alaa sedih laa. Dulu Uncle Ajai bagi peluang kat ibu, sekarang Talita pula diajarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Awesome je Liza menyanyi, macam ni pun dah meremang dengar.. ” – Komen Netizen