Artis / Selebriti
” Aww dah besar Tuah. Cepat tuah dah pandai meniarap.. ” – Netizen
Video Dan Gambar Terbaru Anak Remy Ishak, Tuah Alam Raih Perhatian Warganet. Wah Dah Besar Lah Tuah. Comel Je Tuah Masa Tummy Time, Ligat Betul Kaki Tu !!
Pasangan Remy Ishak dan Ezza Yusuf dikurniakan seorang anak lelaki sekitar pada bulan Julai yang lalu. Sepakat menamakan bayi mereka ini sebagai Tuah Alam, ianya nama yang diidamkan oleh Remy. Kehadiran Tuah menambahkan lagi kebahagiaan Remy dan Ezza.
Meninjau akaun Instagram Ezza, telah dikongsikan beberapa keping gambar terbaru Ezza bersama Tuah. Dengan kapsyen tertulis ‘ Lyfe ‘, ianya menggambarkan rasa kasihnya terhadap Tuah. Menerusi gambar ini, wajah Tuah masih belum ditunjukkan sepenuhnya dan hanya kelihatan matanya sahaja.
Menerusi akaun Instagram rasmi Tuah Alam pula, satu video yang memaparkan Tuah sedang membuat aktiviti tummy time. Melihat badan tuah yang sedang meniarap ini, nampak besar sudah Tuah. Panjang juga nampak tubuh Tuah, mesti mewarisi ketinggian ayahanda dan bondanya.

Kebanyakan bayi memang suka aktiviti meniarap kerana mereka bebas bergerak. Tuah juga begitu, bukan main laju dan ligat lagi kakinya bergerak. Nanti kalau Tuah dapat merangkak dan berjalan, tentu begitu aktif dan tidak duduk diam.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Kli1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian tersebut telah pun mendapat perhatian daripada warganet dan ratusan tanda suka telah pun direkodkan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tuahhhhh….. boleh tak Tuah pusing-pusingkan sikit badan tu menghala ke sini hehe.. Comel Tuah berenang di dataran hehe.. ”
” Aww dah besar Tuah, Alhamdulillah so cute Tuah.. Wah cepat tuah dah pandai meniarap, hebat lah.. tepuk tangann.. ”
” Tak sabar nak tengok Tuah.. anak soleh dan bijaksana Tuah Alam.. alaa nampak mata je hehehe.. bulat mata tuah ni.. cepat lah bonda tunjuk muka tuah.. mesti comel.. ”
Pejam celik, pejam celik, sudah 3 bulan usia Tuah Alam kesayangan ayahanda dan bonda. Belum masanya lagi untuk menunjukkan wajah Tuah, harap bersabar semua yang menanti. Sampai masanya nanti, tentu Ezza dan Remy akan tayangkan wajah Tuah kepada umum.

Walau apa pun, dapat melihat Tuah sihat seperti ini sudah cukup membuatkan warganet teruja. Semoga Tuah Alam sentiasa membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh kepada kedua orang tuanya, menjadi insan yang tinggi akhlaknya serta insan yang bijaksana.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ezza, IG Tuah Alam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pertama kali seorang lelaki served aku makan macam tu yer.. ” – Erma Fatima
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” One day ‘aku nikahkan akan dikau Nur Fatima Aisya’, arghh sedihnya membayangkan detik tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berdekah tengok bila Cik Lan tolak Dato’ Vida tu, lawak betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Puas dah zoom in zoom out tulisan jantina baby tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nombor 1 macam Haris. Nombor 2 sebijik muka Neelofa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida



