Connect with us

Viral

” Awak yang gelek, pinggang acik yang rasa sengal, haha.. ” – Komen Netizen

Video telatah seorang peserta cilik bergelek dan menyanyi lagu dangdut ketika uji bakat rancangan Tom Tom Bak buat ramai terhibur. Amboi, bukan main lagi dia bergelek, suara pun sedap sangat menyanyi..

Meninjau di akaun Instagram milik Astro Ceria, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan peserta-peserta cilik hadir ke sesi uji bakat rancangan Tom Tom Bak. Namun, salah satu video peserta cilik perempuan telah mencuri perhatian ramai kerana gelagatnya yang cukup menghiburkan.

Menerusi video tersebut, peserta cilik berkenaan dilihat menyanyikan lagu dangdut berjudul Diam-Diam Jatuh Cinta, nyanyian asal oleh penyanyi terkenal, Ramlah Ram. Walaupun masih kecil, dia dilihat begitu yakin ketika membuat persembahan di hadapan para juri dan penonton yang hadir.

Apa yang lebih mencuit hati adalah telatah si kecil itu yang bukan sahaja menyanyi, malah turut menari dan bergelek mengikut rentak lagu. Aksinya yang bersahaja dan penuh keyakinan itu membuatkan suasana uji bakat menjadi lebih meriah serta menghiburkan.

Perkongsian video tersebut kemudiannya mendapat perhatian warganet yang turut terhibur melihat gelagat peserta cilik berkenaan. Tidak kurang juga yang memuji keberaniannya untuk tampil ke pentas serta menunjukkan bakat walaupun masih di usia yang muda.

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Awak yang gelek, pinggang acik yang rasa sengal, haha.. Penah tgok kata mana ya adik ni… Dlu gelek2 pakai seluar pjg rasanya masa tu.. “

” Bakal jadi legasi penyanyi dangdut senior adek jangan tinggalkan asal usul.. Power adik ni menyanyi.. “

” Wow, small girl nyanyi lagu Ramlah Ram.. Sungguh menghiburkan lah… Mcm spring goyang… Good luck girl.. “

” Untie goyang kepala je dik.. Dik memang menang lah, Untie pun tak beraniiii gelek macam ni, hahaha.. “

” Wah wah wah anak siapa ni.. Comel betul persembahan dia.. Kalau Ramlah Ram tengok menangis dik, hehe.. “

” Ahhhh so cute lah.. Teringat masa Anggrek nyanyi lagu ni kt TTMM2 .. Ingatkan Aggerek tadi, rupanya orang lain.. “

” Ewah2, asyikkkkk.. Dikkk sakit pinggang tu nnt, haha konpiden btl adik ni.. Mas Idayu junior coming ni.. “

Selain itu, ada di kalangan warganet yang menyifatkan kanak-kanak tersebut mempunyai bakat semula jadi yang cukup menarik, selain suaranya dikatakan mempunyai aura tersendiri. Semoga bakat yang dimiliki si kecil ini terus digilap dan diberi peluang untuk berkembang dalam dunia seni pada masa akan datang.

Tonton video di bawah ini :

Silakan SHARE..

Sumber : IG astroceria

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Thermos Girrafe

Trending

Copyright © Berita Kopak