Artis / Selebriti
” At least Fattah kena maklum kepada pihak Fazura 2 hari sebelum minggu lawatan yang dia cadangkan tu.. ” – Peguam
Video peguam Fattah Amin menerangkan keputusan tuntutan hak jagaan Nur Fatima Aisya raih perhatian warganet. Keputusan yang telah dipersetujui oleh Fattah dan Fazura. Semoga ini yang terbaik untuk Fatima..
Sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini, Fazura telah pun menfailkan tuntutan hadanah iaitu hak penjagaan satu-satunya anak hasil perkahwinannya bersama Fattah Amin, Nur Fatima Aisya. Hari ini mahkamah telah pun bersidang dan kata putus telah pun dicapai.
Meninjau akaun Instagram Ohbulan Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan wakil peguam memaklumkan mengenai keputusan yang telah disepakati bersama oleh Fazura dan Fattah. Hak penjagaan penuh Fatima diberikan sepenuhnya kepada Fazura selaku ibu kandung.
Manakala untuk Fattah pula, aktor ini mendapat hak lawatan dan bermalam. Menerangkan secara lanjut, Fattah diberikan keizinan untuk mengambil Fatima 2 kali sebulan untuk hak bermalam. Sekiranya mengambil pada hari Jumaat, Fatima perlu dihantar kembali kepada Fazura pada hari Ahad.
Bagi hak lawatan pula, Fattah dibenarkan untuk melawat dan berjumpa Fatima 3 kali dalam masa seminggu. Ini bermakna, Fattah boleh mengambil Fatima untuk keluar tetapi tidak bermalam. Fattah perlu memaklumkan 2 hari sebelum kepada pihak Fazura tarikh untuk mengambil Fatima bermalam.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bermalam 2x sebulan (weekend shj). Berjumpa 3x seminggu tanpa bermalam. Ok la tu sbb kedua pihak pun setuju dgn terms tu.. “
” Tggu la anak umur 9thn dia baru boleh buat keputusan sendiri nak duduk dgn sapa plak.. sementara ni follow the rules.. “
” Anak dia perempuan layak dgn ibunya lgpon fattah bgi kerjasama Oklh tu tbaik untk anak2.. nk gaduh buat apa klau benda bleh bincang kan.. “
” Fuhh.. kalau 2x seminggu faham lagi.. Ni 2x sebulan. nk buat macamna itu yang dipersetujui. Mungkin Fatima akan terasa kesukarannya tu nanti.. “
” Aku kesian pulak dekat Fattah, kesian juga pada Fatima. tapi xpe lah, ada hikmah untuk semua yang jadi.. Semoga dapat menjalankan tanggungjwb co parenting dgn baik.. “
” Kesiannya kalau Fatima rindu daddy dia..kesian anak mangsa penceraian ni. sedihnya lah semoga Fatima dapat sesuaikan diri dengan kehidupan barunya.. “
” 2x sebulan bermalam…blh amik 3x smggu tanpa bermalam…nmpk OK tp pd aku yg berbelas thn ank mbesar dlm broken fmly, aku x suggest cara2 camni ..no limit is better….kiri kanan dpt ksh syg.. “
Mungkin itu adalah yang terbaik untuk masa sekarang dan mungkin juga pada masa akan datang, persetujuan ini boleh diubah untuk kebaikan Fatima. Apa-apa pun, semoga Fazura, Fattah dan Fatima dapat melalui semua ini dengan tenang. Semoga menjadi co-parenting partner yang terbaik untuk Fatima.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ohbulan Official, IG Fattah Amin, IG Fattzuralovelife
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Macam dia cakap mummy, mummy pulanglah balik. Macam biasa.. ” – Mas Idayu
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ramai cuba cover lagu Dato’ Siti, tapi suara Danial ni lemak, merdu, husky, semua cukup.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” You look mega, sound pun mega.. ” – Dato’ Ramli MS
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Congratulations Faz. Beauty with brain, so inspiring.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Nak buat ringtone phone lah, ‘ahak ahak’ tu mahal dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dia takde isteri, tapi dia punya kawan-kawan yang baik dan prihatin.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ala satu juta, takkan aku tak boleh bayar.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Suara bell macam iklan radio dah, siap mimik muka main peranan.. ” – Komen Netizen