Connect with us

Artis / Selebriti

” Angin dah kirimkan kalimah kasih Wany, tak menahan rindu dah.. ” – Netizen

Video-Video Sekitar Majlis Akad Nikah Wany Hasrita Dan Suaminya, Al-Adib Fahmi. Wah Cantiknya Wany, Suami Pun Kacak Dan Tinggi Lampai Orangnya. Sama Cantik Dan Sama Padan, Tahniah !!

Baru sahaja beberapa jam yang lalu, penyanyi cantik Wany Hasrita memaklumkan dirinya bakal bergelar isteri di media sosialnya. Sebagaimana yang semua sedia maklum, majlis akad nikah Wany dan pasangannya berlangsung pada malam ini.

Meninjau akaun Instagram Official Hlive, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan suasana ketika majlis akad nikah Wany dan Adib berlangsung. Sama cantik sama padan, kedua mempelai mengenakan busana berwarna putih.

Wany kelihatan berseri-seri, aura pengantin baru buat Wany nampak extra cantik malam ini. Wajah jejaka yang berjaya mencur1 hati Wany juga menjadi tumpuan ramai. Wah tinggi lampai juga Adib, sesuai sangat dengan Wany.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar sebagaimana yang dirancangkan. Ibu Wany juga sentiasa berada di samping puterinya ini. Sahnya Wany sebagai isteri kepada Adib dan pastinya ramai juga peminat yang kecew4 si bunga ini sudah disunting orang.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Perkongsian daripada Naim Daniel :

Perkongsian ini telahpun meraih perhatian daripada ramai peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Alhamdulillah.. Tahniah Buat Adik wany Dan Pasangan. Semoga Berbahgia sampai keJannah. Aamiin Allahumma Aamiin.. “

” Tahniah wany,semoga berkah dlm perkahwinan til jannah.. Tahniah Hajah dan suami.. Semoga sentiasa sakinah, mawaddah wa rahmah.. “

” Tahniah Wany Hasrita dan suami.. vibes wedding dia macam wedd neelofa. cntiknyaa.. Cantikkkk sangatttt.. Weyyyyy mak wany ke tu? Mcm baya2 dia ea.. “

” Semoga dipermudahkan Allah urusan nya . Aamiin Allahumma Aamiin.. Tahniah wany dan suami.. semoga bahagia hingga jannah.. “‘

” Angin dah kirimkan kalimah kasih wany.. tak menahan rindu dah.. MasyaAllah, alhamdulillah.. tahniah kak wanyhasrita.. “

” Wahh dlm diam wehh.. wanyhasrita btw Congrats.. Cantiknya. Tinggi lampai.. Hatiku hanc0r berkeping keping.. apepon congrats wany.. barakallah.. “

” Tahniah wany hasrita. You were so pretty.. Baarakallahu lakum wa baraka alaikum wanyhasrita.. Kecew4 saya.. nasib amiraaothman single lagi, hehe.. “

Akhirnya Wany sudah ditemukan dengan pemilik hatinya dan kini sah menjadi pasangan suami isteri. Sama-sama kita mendoakan semoga rumahtangga yang dibina berkekalan dan bahagia selamanya sehingga ke Jannah. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hot FM, IG Official HLive, IG Wany Hasrita, IG Naim Daniel

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT