Artis / Selebriti
” Ampunkan patik Tuanku, patik tak tahan nak gelak.. ” – Netizen

Video YDPA Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Menari Tarian Magunatip Buat Ramai Terhibur. Part Akhir Tarian Buat Ramai Terkejut, Nasib Tak Terkepit Kaki Tuanku. Habis Semua Kelam Kabut !!
Meninjau ke akaun Instagram H0t FM, sebuah video yang memaparkan gelagat YDPA Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Menari Tarian Magunatip atau Tarian Buluh ketika berada dalam satu majlis di Sabah telah meraih perhatian ramai.
Baginda Tuanku bersama dua orang lagi melakukan tarian tersebut ketika berada di atas pentas sambil ditonton oleh ramai orang. Tarian ini merupakan tarian yang agak mencabar kerana perlu menyilangkan kaki di antara dua batang buluh yang diketuk mengikut rentak muzik.
Ramai yang memuji sikap sporting Tuanku kerana berani mencuba tarian tersebut. Di awal tarian, Tuanku nampaknya mudah untuk mengikut langkah tarian namun apabila rentak semakin laju, kaki Tuanku hampir tersepit di antara dua buluh.
Tindakan drastik Tuanku melompat dari kayu tersebut membuatkan ramai kelam kabut untuk menyambut Tuanku. Nasiblah tidak berlaku apa-apa yang tidak diduga, namun keadaan ini membuatkan ramai terhibur dan tertawa. Wah, boleh tahan hebat Tuanku.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang begitu menyenangi sikap rendah diri yang ada pada Tuanku. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Comei tuanku..harap dapat sambung lagi kadi YDPA sporting.. tu klau tekepit tu terus kena dakwa.. Yg lawak bodyguard auto panik.. “
” Bodyguard modern lambat…Jangan risau bah, ada bah pahlawan Sabah tu…. 3 lagik. Yg kat belakang dah mcm nak bershuffle ak tgk.. “
” Tuanku jiwa rakyat yg takkan dilupakan sampai bila²..Ni baru sabah,tak sabar tunggu sampai sarawak nanti.. Sporting habis Taunku kita dan Tuanku Permaisuri.. Mana nal cari lagi lepas ni.. “
” Sy ketawa sama naik dgn akk rakam video ni hahahaha.. Amponkan patik tuanku, patik tak tahan nak gelak.. Jarang nak komen. Tapi ini comelll.. “
” Kembara borneo ni baru nampak betul keramahan n nampak live gelagat lucu tuanku agong dan permaisuri sekeluarga.. “
” Semakin rancak muzik .. comeilahh Tuanku berjiwa rakyat betoii ,Tuanku dengan Tuanku Permaisuri .. Maafkan patik tuanku…. Terketawa pulak… Ampun Tuanku…. “
” Lucu tuanku dan tengku saya pun trktwa ba,Terima Kasih Datang Bumi Sabah,Semoga Allah Merahmati Tuanku dan Famly d rahmati Allah.. “
Terbaik Tuanku kerana berani mencuba tarian yang agak sukar dan mencabar ini. Selain daripada itu, banyak lagi aktiviti rakyat Sabah yang telah dicuba oleh Tuanku ketika berada di sana. Semoga YDPA dipermudahkan segala urusan ketika berada di Sabah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Hotfm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Akhirnya dengar Kias Cinta versi Hadie dan Sallman. Suara tu ada feel dan rasa sayu.. ” – Komen Netizen