Connect with us

Artis / Selebriti

” Comel je Tuanku, panaskan cermin tu.. ” – Netizen

Video YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Menaiki Pesawat Black Eagle Raih Perhatian Ramai. Part Tangan Terkena Panas Tu Comel Betul. Siap Tiup-Tiup Lagi Tangan !!

Meninjau ke akaun Instagram Jentik Hati, perkongsian sebuah video yang memaparkan YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menaiki satu pesawat Black Eagle daripada Korea Selatan telah meraih perhatian ramai.

Tuanku kelihatan segak berpakaian seragam menaiki pesawat sambil orang-orang di sekelilingnya memerhati dan ada juga yang merakamkan video. Apa yang mencuit hati ramai ialah apabila Tuanku terpegang cermin pesawat yang panas.

Tuanku segera mengoyang-goyangkan tangannya dan meniupnya. Maklumlah keadaan cuaca sekarang yang sangat panas, pastinya pesawat yang terdedah dengan cahaya matahari akan terasa melec0r tangan apabila terpegang. Gelagat Tuanku tersebut sangat bersahaja.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 19 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Video ini dirakamkan ketika berlangsungnya Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa (LIMA) di Pulau Langkawi, Kedah.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :

” Hahah kelakar YDPA tangan pegang panas dia terkej0t .. comel, Terus vibes oppa.. Risau tuanku tertekan button launching Rocket.. “

” Bawaklaa tuanku jenjalan nek jet tuh nk tgk video.. Sgt humble dia kn? Bila Tuanku bt tgn mcm tu.. teringat klu RPA yg buat.. comel.. “

” Kalau sy pun memang naik utk bergambar je tuanku. Fly sekali tu kem salam jelah. Muntah hijo dok tonggang terbalik dlm tu.. “

” Comel je tuanku.. Ada video tk ydpa terbang sama2 pilot? sentiasa di hati rakyat, Daulat Tuanku.. Jet tu boleh tukar nama jet tempur tengku.. “

” Panas kan cermin tu.. Hati2 YDPA semoga sentiasa di dalam lindungan ALLAH SWT..Aamiin2 wah tuanku pun pilih jet oppa.. “

” Untungnya agong jmp oppa2 pilot.. Ee saja je naik black eagle.. Tuanku pandai ea tau la ramai peminat korea.. Ydpa pun terjeb4k ngan black eagles nampaknya.. “

” Hahaha steady je Tuanku..tapi yg aku agak interested tu pada jam Tuanku aku pun minat juga collect jam tapi kalau jam Tuanku pakai tu mampu tgk je hahahaha.. “

Sangat bertuah dan beruntung orang-orang sekeliling yang dapat melihat Tuanku berada di LIMA Langkawi baru-baru ini. Tuanku sememangnya terkenal dengan sikapnya yang merendah diri dan sporting apabila bersama rakyat dan rakyat juga amat senang melihat sikap Tuanku ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jentik Hati

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT