Connect with us

Artis / Selebriti

” Amir ni versi pendiam tapi kelakar orangnya. Dah pandai melayan peminat sekarang.. ” – Netizen

Video Gelagat Amir Sisi Melayani Peminat Dan Ragamnya Ketika Membuat Persembahan Raih Perhatian Ramai. Wah Amir Dah Pandai Bermesra Dengan Peminat. Kecil, Besar, Tua, Muda, Semua Serbu Amir, Glamour Betul !!

Walaupun program realiti The Chosen One sudah berbulan-bulan berakhir, namun populariti sang juara, Amir Sisi kian naik dari sehari ke sehari. Pelbagai program rasmi baik dari jabatan kerajaan dan program karnival menjemput Amir untuk membuat persembahan.

Meninjau akaun Tik Tok AcikAnie, telah dikongsikan video yang memaparkan gelagat Amir melayani peminatnya. Amir kelihatan sedang duduk bersama abang sulungnya. Senyum sahaja Amir ketika peminat datang bersalaman dan meminta untuk bergambar.

Klik gambar untuk info..

Tidak hanya kanak-kanak, orang dewasa juga tidak melepaskan peluang untuk bertemu mata dengan Amir. Turut sama diselitkan dalam video ini gelagat Amir ketika naik ke pentas utama sewaktu karnival di Perak baru-baru ini.

Bukan main lagi Amir, ada gaya tersendiri, ala-ala coach Putera Muhammad pun ada. Walaupun Amir kelihatan masih malu-malu tetapi sudah banyak perubahan berbanding sebelum ini. Bertemu ribuan peminat secara live, mesti lah berdebar. Tambah lagi semua menjerit-jerit memanggil nama Amir. Mujur lah Amir pandai mengawal perasaan, cool dan steady sahaja.

Jom tonton video di bawah:

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) 

@anirahli

Artis la katakan.. Unuk dah mula pandai nak layan peminat, pelan pelan belajar. #amirsisi #unuk #amirpermatadaririmba #amirthechosenone #ceritaacikanie #fyp kredit @amirunukofficial @Termoj Production

♬ Amir Mawi Lemak Manis – AcikAnie 🌹

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Adik Amir suka le kalau dpat pmnat sbaya kn. Comey je ngn smyumn yg manis kn. Bagus abang amir tu jaga adik dia. Sentiasa membetulkn amir bila bila masa.. ”

” Unuk ni versi pendiam tp kelakar orangnya.. ketulusan amirunukofficial buat ramai peminat walaupun masih perlu penambahbaikan dr segi berkomunikasi dgn peminat.. ”

” Dah pandai melayan peminat unuk sekarang.. Pasti Unuk nervous tu tngok penonton beribu ddpan Pentas,,,sblum ni nyanyi utk sekolah2 je.. ”

” Amir ramai pminat ya tpi amir ni pmalu sngt abis nyanyi nk tunduk bg pminat tu malu tpi klau ada putera bsama lain plk amir smua jadi hapy ade aura.. ”

” Wah… Amir kena serbu dengan peminat .. fuyooo, ramainya peminat kau dik. terus jadi diri sendiri walau dh popular.. ”

” Alahai cerianya Amir. Abang pun nampak happy.. Alhamdulillah, ramai peminat sayangkan Amir.. Amir kuat usik abang putra dia suka tgok comel sangat abang adik ni.. ”

” Sukanya Amir bila dengan peminat ye.. ramai betul peminat amir ni. Slow-slow Amir dah boleh sesuaikan diri dengan keadaan sekarang. Amir dah glamour tau.. ”

Klik gambar untuk info..

Seronok warganet melihat Amir yang semakin pandai bermesra dan bergurau dengan peminatnya. Tak ada lah kejung sahaja wajahnya seperti awal-awal dahulu, hehe. Apa-apa pun, semoga Amir terus merendah diri dan menjadi diri Amir sendiri walaupun sudah popular. Semoga terus maju jaya Amir.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok AcikAnie

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT