Artis / Selebriti
” Amboi zikir sampai tersenget mulut tu, bijaknya Rina.. ” – Netizen
Video Anak Maryam You Narae, Rina Sedang Berzikir Di Dalam Kereta Raih Pujian Warganet. Alahai Rina, Siap Muncung-Muncung Mulut Tu Berzikir. Part Goyang Kaki Tu Paling Tak Tahan, Comel Sungguh !!
Umum mengetahui yang pempengaruh media sosial iaitu Maryam You Narae dan suaminya, Ryzal Ibrahim mempunyai seorang cahaya mata. Memilih nama sebagai Rina buat puteri mereka, pejam celik pejam celik Rina kini sudah berusia 2 tahun lebih.
Banyak video gelagat Rina sepanjang Rina membesar dikongsikan oleh Maryam di akaun Instagram miliknya. Malah Maryam dan Ryzal turut mewujudkan satu akaun Instagram buat Rina. Bagi yang suka mengikuti Rina pasti mengetahui Rina seorang kanak-kanak yang suka makan.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Ryzal, telah dikongsikan video yang memaparkan gelagat Rina di dalam sebuah kereta. Menerusi video tersebut, Rina sedang duduk di kerusi hadapan sambil berzikir mengikut alunan zikir yang diputarkan pada radio kereta.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan terhibur melihat gelagat Rina lebih-lebih lagi ketika Rina berzikir, Rina membuat gaya mulut muncung. Selain itu, ada juga memuji cara Ryzal mendidik anaknya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Amboi zikir sampai tersenget mulut tu, bijaknya Rina.. Bagus Ryzal ajar Rina selalu berzikir.. Moga2 Rina jadi anak yang solehah.. “
” Ya Allah Rina asal comel sangat, semoga membesar jadi anak yg baik utk ibu ayah. Muslimah yg baik untuk agama juga.. Amin.. “
” Alhamdulillah, masyaallah pandainya Rina.. Semoga menjadi anak yang solehah aamiin.. Kejap dah besar budak comel ni.. “
” Insaf sangat tu Rina sampai tutup tutup muka, heheheehe comel ger4m betul tengok gaya dia tu.. Semoga jadi anak yg solehah ya sayang.. “
” Alhamdulillah good girl lah Rina.. Ini memang patut puji Ryzal, ajar anak berzikir.. Macam ni patut dicontohi, moga2 panjang pahalanya.. “
” Dari awal dh perasan Rina ni budak bijak, dah pandai makan guna sudu garfu dari kecik, nang1is pon tak melalak, hehe.. “
” Adik drp kecil in sya Allah Rina jd ank solehah.. Semoga ibu ayah sentiasa istiqamah mendidik Rina dgn terbaik, insyaallah.. “
Alahai comel sungguh gelagat Rina, jelas betul sebutannya. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya bermaksud mendidikan anak biarlah dari usia mereka masih kecil. Apa-apa pun, semoga Rina terus membesar dengan baik dan menjadi anak yang solehah buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ryzalibrhm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedap tutur kata Hussain, lembut je cakap. Macam tu orang berilmu menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila dah makin lupa diri, buat majlis pun macam saya dah ma ti.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak sampai ke klinik, dah terbersalin dalam kereta dan saya yang sambut sendiri.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Takde orang nak bergaduh dan tak berbaik dengan mak sendiri.. ” – Marissa Dania Hakim
-
Artis / Selebriti7 days ago” 3 hari saya tak makan, saya nangis je. Rayyan datang, dia.. ” – Rita Rudaini
-
Artis / Selebriti6 days ago” Allah mommy, nak baby ulang berapa kali.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suara Thalita memang best nyanyi lagu English. Dah macam suara ibu betul.. ” – Komen Netizen



