Artis / Selebriti
” Amboi Acap, minta ilmu nampak. Dato’ Red pun kemain lagi bagi jalan dekat Acap, haha.. ” – Netizen
Video Dato’ Red Kongsi Pengalaman Berkahwin Dengan Adira Di Thailand Ketika Live Dengan Acap Buat Ramai Terhibur. Amboi Dato’ Red Siap Bagi Tips Lagi Kat Acap. Acap Nampak Berani Tapi Takut Bini Sebenarnya. Lawak Lah, Haha !!Β
Bagi yang mengenali Acap, pasti mengetahui yang Acap suka live di aplikasi TikTok. Boleh dikatakan bampir semua video live Acap bersama selebriti atau sesiapa sahaja pasti mencuit hati ramai yang menontonnya. Terbaru, meninjau di akaun Tiktok milik kakwansufi telah dikongsikan video live peebualan Acap bersama Dato’ Red.
Menerusi video itu, beberapa hal diborak oleh mereka dan Acap ada bertanya hal menarik kepada Dato’ Red. Dalam video pertama, Dato’ Red berkongsi kisah perkahwinannya bersama Adira di negara Thailand dan penerimaan isteri pertama Dato’ Red setelah Dato’ Red mengaku berkahwin lagi.
Seloroh Acap, meminta Dato’ Red memberikan tips bagaimana cara untuk berkahwin di Thailand. Selain itu, Dato’ Red juga berkongsi bagaimana dia memikat Adira dahulu serta video terakhir pula, Acap mengajak Dato’ Red menjalankan perniagaan air balang.
Paling mencuit hati apabila Acap memberikan cadangan waktu operasi jualan air balang tersebut adalah pada tengah hari bulan Ramadan. Perkongsian video-video live Acap ini sekali lagi mengundang tawa warganet dan sehingga kini ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video-video di bawah ini :
@kakwansufi_ Lawak malam tok red & Acap, boleh la sapaΒ²nak ilmu pree ni ππ #datored #abgred #adira #acap #poligami #sembangsantai
@kakwansufi_ Dalam nampak happy tok red, dia sedang bersedih, semoga dipermudahkan segala urusan Tok Red dengan isteriΒ², kembali bangkit πͺπͺ #datored #abgred #tokred #adira #kembalibangkit
@kakwansufi_ Jangan mudah lalai ye korang ππ #tokred #abgred #datored #bangkit
@kakwansufi_ Lalai sekali tengok live 2 ketul ni, sembangΒ² gurauΒ² je, korang jangan serius sangat ya π¬ #bangkit #datored
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video live Acap bersama Dato’ Red. Pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Amboi Acap, minta ilmu nampak. Dato’ Red pun kemain lagi bagi jalan dekat Acap, haha.. Keras perut gelak tau.. “
” Adoiii Acap kau berani yer minta ilmu poligami.. Tak takut kena tarik telinga dengan isteri ke, hahaha.. Tapi Acap tak berani kan.. “
” Ini content je.. Cerita kisah lampau.. Sian Tok Red.. Acap dahΒ takde, dia rse down balik.. TerusΒ tak live menjual… Sedih kot teringat Adira.. “
” Mengajar.. Balik rumah isteri tua pakai baju besi lah Tok, hahahaa.. Ilmu dia duit, kalau duit banyak semua jadi lah.. “
” Dato ni.. Dia kawin dua.. Tp dia jujur.. Tak pandai tipu2 cover2.. Sbb tu org scam dia.. Dia plak org cop scammer.. “
” Pembaris jugak datuk red ni ekkk.. Org dah bg hint suruh cover dia blh plak buat2 tak paham.. Hahaha best tgk live Acap n Tok Red semalam.. “
” Siap tanya agent tu baik ke tak, hahaa.. Terbeliak biji mata tu dengar kos kahwin di Thailand mur2 je yer Acap.. “
Amboi Acap, bukan main berani yer minta ilmu poligami, siap tanya lagi cara nak berkahwin di Thailand. Mendengar sahaja Dato’ Red memberitahu kos berkahwin di sana murah, seronok pula Acap yer. Apa-apa pun, video-video ini hanyalah sekadar hiburan Acap bersama Dato’ Red sahaja. Harap tiada lah yang mengambil serius.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok kakwansufi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Malam ni korang eksklusif, macam mana Dato’ Khairul dapat Dato’. Haa, itu lah cerita dia.. ” – Suami Ina Naim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen