Artis / Selebriti
” Tak pelah abang, abang berlakon jelah. Kami tak salahkan abang, speaker tu yang pecah, haha.. “- Netizen

Video Beto Kusyairy ‘Berduet’ Menyanyi Dengan Dato’ Siti Nurhaliza, Misha Omar Dan Dia Fadila Buat Ramai Terhibur. Wah Bukan Sembarangan Artis Yang ‘Duet’ Dengan Beto Yer, Hehe !!
Meninjau di akaun Instagram pelakon Beto, telah dikongsikan video yang memaparkan gelagat Beto sedang menyanyi. Menerusi video itu, Beto berada di dalam sebuah kereta. Tulis Beto, dia ingin ‘berduet’ bersama Dato’ Seri Siti Nurhaliza.
Video pertama, Beto membuka lagu ‘Bagaikan Sakti’ nyanyian Dato’ Seri Nurhaliza bersama Datuk M.Nasir. Di ruangan kapsyen, Beto memohon maaf kerana mikrofon dan player keretanya mempunyai masalah dan sedikit sebanyak mengganggu nyanyian.
Manakala video kedua pula, Beto menyanyikan lagu ‘Pulangkan’ nyanyian asal oleh penyanyi Misha Omar. Menerusi video ketiga pula, Beto nemilih untuk ‘berduet’ dengan Dia Fadila. Perkongsian video-video itu telah menarik perhatian para peminat Beto.
Ada yang berseloroh mengatakan Beto tidak perlu menjadi penyanyi dan teruskan menjadi pelakon. Selain itu ada juga memuji Beto mempunyai bakat nyanyiannya tetapi perlu diasah lagi. Sehingga kini, video-video nyanyian Beto menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video-video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain menyukai perkongsian video Beto ini, ramai yang terhibur melihat telatah Beto menyanyi. Antara komen-komen menarik adalah :
” Tak pelah abang, abang berlakon jelah. Kami tak salahkan abang, speaker tu yang pecah, haha.. Tapi layan je dengar abang nyanyi.. “
” Rasa mcm buat konsert sendiri tau nyanyi dlm jem ni.. Takpe.. Kami salahkan mic juga. Huhu tq Beto, menghiburkan kami.. “
” Lagu ni vibe dia mmg lain mcm. Kdg2 blh meremang sendiri. Dgr intro je sy blh rs sebak sbb teringat kisah cinta yg tak kesampaian tu. Yg rasa je rasa.. “
” Dah boleh dah tu bro.. Sikit je perlu polish. Obviously the talent is there.. Beto, bila turun Kuching lagi.. Kita karaoke.. “
” Fuhhhhhh pecahhhh, no syatuuuuu arr Beto.. Btw maaf nak tergelak, hahahahaa.. Amboi muka tu kemain lagi ye tgh layan nyanyi.. “
” Lagu feveret ni… Maka sy pn bduet la ngn abg Beto lak.. Pecah suare pun lantak situ.. Hahaha.. Betullah. Mmg mic pecah spt hampir pecahnya gegendang telinga sy ni.. “
” Ni hint nk masuk masked singer ke ni.. Hehehe.. Mcm blh buat projek istimewa dan luarbiasa.. Maybe musical ke kan.. “
Reaksi muka Beto menghayati lagu-lagu yang dinyanyikan dengan penuh perasaan sangat mencuit hati. Untuk menghilangkan stress menghadap kesesakan lalu lintas, boleh juga healing menyanyi seperti Beto. Apa-apa pun, mana tahu, ada rezeki Beto nanti bergelar seorang penyanyi pula.
Silakan SHARE..
Sumber : IG beto_kusyairy, ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral5 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Umairah menangis di tepi pentas.. ” – Siti Nur Sairah Tarudin