Connect with us

Artis / Selebriti

” Alolo pandai dia intai-intai, iras kakak lara. Sepet girl cantik.. ” – Netizen

Wajah Anak Kedua Scha Alyahya Dan Awal Ashaari, Lyla Amina Yang Kini Sudah Berusia Sebulan. Halah Muka Phot0stat Kak Lara Sangat Ni. Comel Je Keny1t Mata Tu !!

Setelah berminggu-minggu kelahiran puteri kedua Awal Ashaari dan Scha Alyahya, akh1rnya secara ekslusif nama bayinya ini diumumkan di rancangan Schawal Baby Bo0m 2 hari yang lalu. Memilih antara pangkal nama sama ada LA atau LE, nama Lyla Amina dipilih pasangan ini.

Meninjau akaun Instagram Awal Ashaari, telah dikongsikan beberapa keping gambar terkini Lyla yang kini genap sebulan usianya. Masih lagi terlihat seperti wajah Lara Alana ketika bayi, Lyla membesar dengan sihat.

Lyla yang dipakaikan baju berwarna putih ini turut dibedung tangannya seperti bayi lain. Awal turut menulis di kapsyennya ini Lyla berjaga malam. Berbagai reaksi wajah Lyla dapat diambil oleh Awal pada ketika ini.

Scha juga turut sama berkongsikan wajah Lyla di Instagramnya. Tulis Scha di kapsyennya, wajah Lyla ini adalah gabungan wajah Awal dan Lara. Mengucapkan rasa syukurnya kerana Lyla sudahpun sebulan usianya dan berharap anaknya ini membesar dengan sihat selalu.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Wajah comel Lyla ini mendapat perhatian dan pujian daripada peminat. Ramai juga yang menyamakan wajah Lyla dengan Lara. Antara komen-komen yang dapat dikongsikan :

” Alolo pandai dia intai-intai, iras kakak lara. Cantik dan indah namanya, comel je Lyla. Muka versi Lara hehe.. “

” Wah dah pandai blink blink eye ehh lyla, welcome to instagram lyla. Besar nanti bijak macam kakak Lara yer Lyla.. “

” Lyla kiut miut, Lyla muka macam daddy, lara macam mommy. Sepet girl, cantiknya dia. She is so adorable.. “

” Comelnya nama Lyla Amina, sungguh indah ciptaan Ilahi. Stanby mommy and daddy, yang no 2 tu luar biasa sikit selalunya haha.. “

” Love the name, moga jadi anak yang sihat, kuat dan happy always. Comel sebijik muka kakak Lara, rambut je kot beza hehe.. “

” Ala comellah, sama macam kakak lara baby baby dulu. Memang sebijik Lara, happy 1 month Lyla. Semoga membesar dengan sihat Lyla Amina.. “

” Rasa macam baru semalam Scha bersalin, da sebulan. Comelnya junior Lara ni, c0py kak dia ni haha. Mini Lara sangat, she got her mommy eyes lah, so pretty.. “

Muka mommy ataupun daddy, yang pasti peminat ramai yang melihat wajah Lyla banyak irasnya dengan Lara. Lagipun wajah baby memang akan selalu berubah di awal usia sebegini. Semoga Lyla membesar dengan sihat dan sentiasa di bawah lindungan Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Awal Ashaari, IG Scha Alyahya

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan.. 

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT