Artis / Selebriti
” Alolo dalam perut lagi dah jadi duta kecil Clarks ye. Kek paling cute ni.. ” – Netizen
Zahirah Macwilson Kongsi Gambar-Gambar Ketika Majlis Baby Gender Reveal Raih Perhatian Warganet. Wah Kek Kasut Clarks Tu Paling Menarik Perhatian. Kasut Pertama Baby Girl Zahirah Nanti. Cantik Betul, Sayangnya Nak Potong !!
Pasangan romantis, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza telah pun mengadakan satu majlis khas semalam untuk mengumumkan jantina bakal anak kedua mereka. Zahirah kini sudah pun berada di trimester terakhir dan menanti sahaja waktu untuk melahirkan.
Menerusi akaun Instagram Zahirah Macwilson, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan suasana ketika majlis baby gender reveal Zahirah. Sebagaimana yang semua sedia maklum, Zahirah dan Aiman bakal menimang cahayamata perempuan.
Coret Zahirah dalam kapsyennya ini, rasa seronoknya kerana bakal ada geng tidak lama lagi. Apabila sudah mengetahui jantina bayi dalam kandungannya itu, baru lah Zahirah boleh membeli baju dan lain-lain kelengkapan baby girl nanti.

Dalam paparan gambar yang ditunjukkan, dapat dilihat kek yang dibuat khas untuk baby Zahirah. 2 pasang kasut jenama Clarks yang comel dihasilkan oleh Lililola Cakes dan ia kelihatan cukup comel. Satu kasut baby girl dan satu lagi kasut baby boy. Hasil tangan yang cukup berseni dan kemas.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Zahirah ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Yayyy betul.. Alhamdulillah babe.. Ada gang soon hehe.. Kek Clarks tu comel sangat. ish nak potong pun tak sampai hati.. ”
” Yes tepat tekaanku.. berserinya time pregnant baby girl. kita pregnant bbygirl dulu hidung dah kembang semangkuk.. ”
” Dah ada Gohan(Isaac) lepas ni ada Goten pulak.. Congratulations Zahirah, seronoknya nak ada baby girl.. ”
” Alhamdulilah tahniah zahirah dan aiman.. Yeayy lepas ni melaram lah mummy dengan baby girl.. ”
” Alolo dalam perut lagi dah jadi duta kecil Clarks ye.. Kek paling cute ni.. dua-dua pun cantik.. ”
” Can’ wait to see the baby girl.. congratulations Zahirah and Aiman. Anyway kek tu cantik sangat.. ”
” Bestnyeee dah sepasang… mummy pon berseri-seri time pregnant. Congratsss .. semOga ALLAH permudAhkan segala urusan bUat zahirah.. ”
” Like Barbie & Ken.. you guys are awesome lovebirds.. May Allah ease your pregnancy journey Aamiin Yaa Rabb.. ”
Ramai yang tak sabar hendak melihat baby girl Zahirah dan Aiman, tentu cantik macam mommynya. Semoga Allah permudahkan segala urusan Zahirah untuk melahirkan cahayamata keduanya ini nanti dan semuanya selamat dan sihat, Insha Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Zahirah Macwilson
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sayang beli apa ? Sayang sibuk bercinta masa tu.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak handsome lah, biasa lah.. ” – Tengku Hassanal
-
Artis / Selebriti1 day ago” Love sangat Janam Janam versi Hussain ni. Ni la penghibur, semua dia tapau.. ” – Komen Netizen



