Artis / Selebriti
” Alhamdulillah tahniah Mona. Seronoknya pregnant lagi.. ” – Netizen
Mona Allen Kongsi Berita Gembira Kehamilan Keduanya Raih Perhatian Warganet. Wah Patut Lah Nampak Makin Berseri-Seri. Dah Tak Lama Dah Petra Pekin Nak Dapat Adik, Comel Je Baby Bump Mona Tu !!
Pelakon wanita jelita, Mona Allen bergelar ibu kepada seorang cahayamata. Perkahwinannya bersama Pekin semakin bahagia sejak kehadiran anak sulung mereka, Petra Pekin. Kini keluarga kecil Mona dan Pekin bakal bertambah ahlinya.
Menerusi hantaran terbaru Mona di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu berita gembira untuk para peminatnya. Kata Mona, ini adalah masa yang sesuai untuk dia memaklumkan mengenai kehamilan keduanya ini. Sudahpun memasuki trimester kedua, Mona memberitahu yang Petra bakal mendapat adik awal tahun hadapan.
Kelancaran sepanjang kehamilan kali ini turut diharapkan oleh Mona dan Mona turut mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan keluarga kecilnya ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala kebaikan semua orang terhadap mereka sekeluarga.

Pada penghujung kapsyen, Mona sempat berseloroh agar tidak ada lagi yang bertanya mengapa dia gemuk. Ayu sungguh Mona dalam busana jubah dan hijab putihnya itu. Pada paparan gambar kedua pula dapat dilihat baby bump Mona yang semakin jelas kelihatan.
Jom baca perkongsian di bawah :


Ucapan tahniah membanjiri posting oleh Mona ini. Warganet turut tumpang gembira dengan perkhabaran ini dan antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulillah tahniah Mona.. Dah janji nak bersalin sebelah katil kan heheh.. gemuk pun cantik.. makin berseri-seri Mona.. ”
” MasyaAllah. Alhamdulillah. Congratulations mona dan pekin.. Semoga dipermudah semuanya. Aamiin.. ”
” Alhamdulillah.. mesti comey macam sis mona jugak. Take care sis.. semoga Allah permudahkan segala urusan semuanya.. ”
” Congratulations. Semogà dipermudahkan semua urusan mu dan moga sihat selalu keduanya mona sayang.. ”
” Wah Petra ada geng dah lepas ni.. Tahniah sis Mona yang cantik.. Semoga kandungan sihat dan dipermudahkan urusan bersalin nanti.. ”
” Alhamdulillah… Gegirl.. Geng mommy baking nAnti tu hehe. Patut makin cantik dan berseri-seri, ada isi rupanya.. moga Allah permudahkan urusan Mona nanti.. ”
” Alhamdulillah tahniah Mona.. seronoknya pregnant lagi.. syantiknya mommy.. semoga kandungan mona.allen sentiasa terpelihara , sihat dan dipermudahkan urusan melahirkan nanti.. ”

Alhamdulillah rezeki Allah beri buat Mona dan Pekin. Tentu Petra pun gembira bakal menjadi abang tak lama lagi. Ada kawan boleh main bersama lah Petra nanti. Tahniah daripada kami di Berita Kopak dan semoga segala urusan Mona sepanjang kehamilan sehingga bersalin nanti dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mona Allen
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen



