Artis / Selebriti
” Alhamdulillah jodoh itu rahsia Allah. Akak bangga dengan Kiah.. ” – Komen Netizen
Video majlis akad nikah Kiah Propa dan bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail raih perhatian warganet. Kuat betul jodoh Kiah dan Nazri. 8 tahun berpisah, akhirnya Kiah terima Nazri kembali. Ada sebab rupanya Kiah terima, semoga Allah balas kebaikan Kiah..
Pelakon dan usahawan Kiah Propa ada memaklumkan di akaun media sosialnya beberapa minggu yang lalu mengenai kondisi bekas suaminya, Mohammad Nazri Ismail yang disahkan mengidap kanser. Setelah melakukan ujian biopsi, penyakit Nazri itu disahkan sebagai kanser leher.
Kiah dan mantan suaminya ini sudah 8 tahun berpisah, namun mereka tetap akrab dan Nazri banyak membantu perniagaan Kiah. Apabila doktor mengesahkan penyakit Nazri itu, Kiah merasakan dia perlu melakukan sesuatu untuk terus menjaga mantan suaminya ini.
Menerusi perkongsian di Instagram Kiah Propa Sebenar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan majlis akad nikah antara Kiah dan Nazri. Setelah berfikir panjang, Kiah mengambil keputusan untuk menikahi Nazri supaya dia boleh menjaga Nazri yang sedang sakit tanpa perlu risau memikirkan batas aurat mereka.

Alhamdulillah hanya dengan sekali lafaz, Kiah kembali bergelar isteri kepada Nazri. Allah sebaik-baik perancang, 8 tahun Nazri tidak berputus asa menanti untuk Kiah menerimanya kembali. Asbab sakit yang Allah beri, terjalin kembali ikatan suami isteri antara mereka.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tahniah kak kiah.. selamat pengantin recon kak hehe.. adore u, kak . Mg bhgia smp syurga Allah serta suami akak dberikan syifa’ ksembuhan sluruhnya ats sgl skt aaamiinn Allahumma aminn.. “
” Allhamdulillah syukur akak bangga dengan kau dik Syurga lah tempat kau. MasyaAllah ciri2 ahlil jannah.. moga bahagia smp syurga kak rock, dekat dgn Nabi nt ameen ya rabb.. “
” Brutal betui pengantin.. Mabrouk kakak Alhamdulillah.. semoga Allah angkat niat suci murni kakak.. semoga suami Allah sembuhkan sepenuhnya dan kakak Allah sihatkan tubuh badan.. bahagia dunia akhirat both of u amiin.. “
” Syurga tmpt kak kiah.. slmt pengantin bru.. smga jdi istri yg taat dn solehah buat suami.. jaga bebaik, byk pahala kak kiah dpt.. “
” Kita sebak, smoga u kuat semangat, kuat fizikal, kuat mental, smoga dipermudah sgala urusan di dunia dan diakhirat, smoga lebih bahagia dlm redha Allah.. aamiin aamiin yrb.. “
” Tahniah alhamdulillah jodoh ttu rahsia Allah.. semuga kekal hingga ke jannah.. jaga la syurga mu baik2.. buat la kenduri bole jamu mee kari hainan.. “
Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Sama-sama kita mendoakan agar penyakit kanser Nazri dapat diubati dan dapat melayari kehidupan yang bahagia bersama Kiah dan anak-anak. Selamat pengantin baru Kiah dan semoga Allah mengurniakan Kiah kekuatan dalam membantu suami.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Kiah Propa Sebenar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti6 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti5 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti2 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen

