Artis / Selebriti
” Alhamdulillah, dapat cucu lagi.. ” – Tunku Azizah
Muatnaik Gambar Seorang Bayi, Perkongsian Tunku Azizah Raih Tumpuan Ramai. Alahai Comelnya Si Pipi Merah Gebu Ni, Nama Pun Cantik !!
Umum mengetahui bahawa Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Al-Mutawakhil binti Sultan Iskandar Al-Haj telah menubuhkan Yayasan TAFF ( Tunku Azizah Fertility Foundation) untuk membantu pasangan yang sudah berkahwin tapi masih tidak mempunyai anak untuk mendapatkan zuriat.
Umum mengetahui, Tunku Azizah juga pernah melakukan beberapa kali rawatan In-Vitr0 Fertil1zation (IVF) untuk mendapatkan zuriat. Kebiasaannya rawatan IVF memerlukan kos yang tinggi sehingga mencecah puluh ribu ringgit. Sebagai seorang yang prihatin, baginda terpanggil untuk membantu pasangan di luar sana yang memerlukan rawatan ini.
Meninjau ke akaun Instagram Tunku Azizah, baginda telah memuatnaik gambar seorang bayi yang dilahirkan hasil daripada rawatan IVF menerusi yayasan TAFF. Bayi comel yang merupakan seorang bayi perempuan diberi nama Arya Aryana Anak McKenzie.

Baginda meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana berjaya menunaikan hasrat pasangan tersebut mempunyai anak dan menganggap bayi tersebut seperti cucunya. Perkongsian baginda itu telah meraih tumpuan ramai dan rata-rata mengucapkan tahniah.
Jom lihat perkongsian di bawah :
https://www.instagram.com/p/CHKWnENB8bt/
Kebanyakan netizen turut gembira dan ada yang menyatakan hasrat ingin mempunyai anak sendiri setelah lama mendirikan rumah tangga. Antara komen-komen yang diberikan :
” Alhamdulillah ttc 13 yrs and Alhamdulillah still counting.. Moga dikabulkan doa oleh Allah dikurniakan zuriat dr benih dan rahim sendiri secepat mungkin.. Aaaminn ya rabbal alaaaminn.. “
” Alhamdulillah. Comelnya baby ni Mohon semua doakan kakak dan abang ipar saya yang dah lama menantikan zuriat mereka. InshaaAllah Aamiin.. “
” Sedap nama dia, org iban kot. Alhamdulillah, tahniah dpt cucu lagi Tuanku. Moga Allah permudahkan segala urusan Tuanku dan TAFF team selamatnya. Aamiin .. “
” Alhamdulillah.. Tengah mohon TAFF juga ni tuanku.. harap berjaya dpt nanti. Semoga Allah membalas jasa tengku yang telah banyak membantu pasangan diluar sana .. “
” Masha Allah. Tahniah Tuanku.Moga Allah sentiasa merahmati Tuanku dan keluarga. Comel cucu tunku alhamdulilah.. Moga saya dikurnikan zuriat yang comel sihat wal afiat amin.. “
” Alhamdulillah subhanallah comel sgt, doakan kami pula tuanku . Alhamdulillah syukur. Comel sangat . tuanku mesti tunggu cucu from our pemangku raja tengku hassanal, ampun tuanku.. “
” Ya Allah comelnya. Semoga sy juga dikurniakn zuriat y soleh n solehah suatu masa nt.. .rezki tuanku.. kurniaan Allah taala.. Aamiin.. “
Pastinya Tunku Azizah sudah mempunyai ramai ‘cucu’ menerusi yayasan TAFF ini. Tahniah diucapkan kepada Tunku Azizah kerana berjaya merealisasikan impian ramai pasangan yang berkahwin tetapi memerlukan rawatan khas untuk mendapatkan zurita. Kita hanya berusaha, segalanya atas ketentuan Allah SWT.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Tunku Azizah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen

