Connect with us

Artis / Selebriti

” Alhamdulillah dan tahniah abang sekeluarga.. ” – Fauziah Latiff

Dato’ Rosyam Nor Kongsi Gambar-Gambar Sekitar Majlis Konvokesyen Anaknya, Nurlisa Di Perth, Australia. Wah Tuannya Bukan Sahaja Cantik, Bijak Orangnya. Ini Lah Contoh Beauty With Brain !!

Siapa tidak kenal dengan nama hero Malaya popular, Dato’ Rosyam Nor. Kredibilitinya sebagai seorang pelakon dan juga kini penerbit drama amat disegani ramai. Dato’ Rosyam juga antara artis yang bergelar usahawan berjaya.

Meninjau akaun Instagram Dato’ Rosyam Nor, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memperlihatkan wajah anak perempuan ketiganya, Nurlisa di majlis penerimaan Ijazah. Nurlisa bergelar penuntut di Curtin University Perth, Australia sudah 4 tahun lamanya.

Tertera pada gambar bidang pengajian yang diambil oleh anak gadis Dato’ Rosyam ini iaitu School of Management And Marketing. Hati ibu bapa mana yang tidak bangga melihat anak yang jauh di perantauan berjaya menggenggam segulung ijazah.

Mengungkapkan rasa syukurnya, Dato’ Rosyam turut mengucapkan tahniah untuk Nurlisa atas kejayaannya ini. Walaupun hanya menontonnya secara maya sahaja namun kegembiraan mereka tetap dirasai. Rupanya sudah 2 tahun Dato’ Rosyam tidak bertemu dengan Nurlisa.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Berita gembira Dato’ Rosyam ini telah dihuj4ni dengan ratusan ucapan tahniah daripada peminat dan sahabat handai. Antara komen-komen mereka yang dapat kami kongsikan :

” Alhamdulillah dan tahniah abang sekeluarga.. ” – Fauziah Latiff

” Alhamdulillah, setinggi tahniah dato’ Rosyam sekeluarga. Tahniah Nurlisa, saya pun dah 2 tahun tak berjumpa anak.. “

” Tahniah Dato’ Rosyam dan Datin Runika sekeluarga. Hebat Nurlisa kerana berjaya membuat papa mama bangga dan gembira dengan kejayaanmu.. “

” Alhamdulillah, tahniah dan syukur buat Dato’ Rosyam sekeluarga atas kejayaan anakanda tersayang. Tahniah Nurlisa, u make ur parent proud of you.. “

” Tahniah Dato’ dan Datin, tumpang gembira melihat kejayaan anakanda Dato’ Rosyam. Merantau mencari ilmu, hebat Nurlisa.. “

” Alhamdulillah, tahniah untuk anaknya Nurlisa. Kejayaan anak-anak menjadi kegembiraan untuk kedua ibu bapa.. “

” Syabas Dato’ Rosyam dan tahniah buat anak Dato’. Seorang papa yang hebat. Saya bangga pencapaian Dato’ Sekeluarga terutama anak setinggan seperti kami. Kita sama.. “

” Alhamdulillah terbaik dan cemerlang dalam mendidik anak-anak. Semoga menjadi contoh untuk orang ramai, beauty with brain.. “

Semangat dan dorongan daripada seluruh keluarga pastinya antara faktor kejayaan Nurlisa. Kesungguhan dan ketekunan Nurlisa membuatkan hasil. Tahniah daripada kami di Berita Kopak untuk Dato’ Rosyam sekeluarga dan semoga Nurlisa terus success pada masa hadapan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rosyam Nor, IG Aniskiss

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT