Artis / Selebriti
” Alahai suka tengok part Maryam jumpa Khaleeda, sweet tengok dua beradik ni.. ” – Netizen

Video Percutian Fizo Omar Bersama Keluarga Raih Perhatian Peminat. Alahai Teruja Sungguh Maryam Dapat Jumpa Adik Khaleeda. Khaleeda Pun Semakin Bamb4m Sekarang Ni, Comel Sangat !!
Menjengah di akaun Instagram milik pelakon Fizo Omar telah berkongsi satu video yang memaparkan Fizo bersama anak sulungnya, Wan Maryam atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Yam sedang bersiap-siap untuk pergi bercuti.
Rupanya dua beran4k ini bersiap untuk ‘terbang’ ke Kuching, Sarawak untuk bertemu Fazeera dan Khaleeda yang sedang berada di sana. Pada awal video, Fizo telah menjemput Cik Yam di rumah. Kemudian Fizo dan Cik Yam telah menaiki kapal terbang ke Kuching.
Sampainya di lapangan terbang, Fizo dan Cik Yam telah dijemput oleh Fazeera bersama Khaleeda yang sedang tunggu di dalam kereta. Selepas bertemu, keluarga bahagia ini pergi bercuti di sebuah hotel di tepi pantai.
Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet. Ada yang menyatakan mereka suka melihat kehidupan bahagia Fizo sekarang bersama anak-anak dan isteri tersayang. Sehingga kini, perkongsian video terbaru Fizo bersama keluarga telah mendapat lebih 19 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan warganet dan rata-ratanya mendoakan kesejahteraan rumah tangga Fizo bersama Fazeera. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alahai suka tengok part Maryam jumpa Khaleeda, sweet tengok dua beradik ni. Semoga keluarga ini kekal bahagia selalu.. “
” Suka tgk Cik Yam ni gembira sentiasa. Tahniah daddy berjaya buat anak2 bahagia semoga Cik Yam menjadi anak yg solehah dunia sampai akhirat.. “
” Ya Allah Ya Allah comelnya dedua, tambah si baby bulat tu, ger4m tengok. Bahagia je tengok Fazeera layan Cik Yam.. “
” Wah ummi dan baby Khaleeda. Semoga Allah kurniakan rahmat buat keluarga bahagia ini dunia akhirat.. “
” Suka sgt thk wife you Fizo. Nampak mesra dan penuh kasih sayang dengan Cik Yam. Alhamdulillah, syukur semoga kebahagiaan ini kekal selamanya.. “
” Cantik comel sangat Cik Yam dah besar bijak macam ibu kandungnya juga. Moga jadi anak yang solehah ya sayang.. “
” Wahh baik je duduk dengan daddy, kejap dah besar Maryam dah jadi sister. Selamat bercuti Maryam dan Khaleeda.. ”
Alahai bukan manin teruja Cik Yam dapat berjumpa dengan adiknya, mesti rindu sangat dengan baby Khaleeda. Apa-apa pun selamat bercuti kepada Fizo sekeluarga. Semoga kehidupan Fizo bersama isteri dan anak-anak akan terus kekal bahagia hingga ke syurga.
Silakan SHARE..
Sumber : IG fizoomar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar