” Alah muka macam mat salleh celup, comelnya Andre hidung mancung.. ” – Netizen

Farah Nabilah Kongsi Video Terbaru Anaknya, Andre Omar Yang Sedang Lena Tidur. Namun Wajah Penuh Andre Jadi Tumpuan. Wah Mancungnya Hidung Andre, Handsome Boy Sangat Ni !!

Baru beberapa hari yang lepas, bintang utama Titian Cinta Farah Nabilah berkongsikan gambar penuh cahayamata pertamanya, Andre Omar kepada umum. Farah yang sudahpun habis tempoh berpant4ng membuat majlis cuk0r jambul Andre bersama ahli keluarganya.

Untuk makluman, Farah selamat melahirkan zuriat sulungnya ini pada 22 Oktober yang lepas dan ianya lebih awal daripada jangkaan tarikh bersalin sebenar. Seminggu setelah itu, Farah mengumumkan nama bayinya ini sebagai Andre Omar namun masih tidak ditayangkan wajah si kecil ini.

Hasil tinjauan kami di entri terbaru Farah di Instagram, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Andre sedang lena tidur. Kapsyen yang tertulis good night everybody itu mendapat 115 ribu tanda suka dan ratusan komen  daripada peminat.

Wajah penuh Andre yang memang dinanti-nantikan peminat ini sememangnya comel dan dilihat banyak mewarisi wajah daddynya, Amirul. Mana lagi tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi, pastilah sedikit sebanyak kecantikan Farah dan ketampanan wajah Amirul akan ada di wajah si kecil ini.

Jom tonton video di bawah :

Wajah Andre yang sedang nyenyak tidur ini meraih perhatian peminat dan rata-ratanya memuji wajah comel anak Fawa ini. Antara komen-komen mereka :

” MashaAllah bila nak jumpa baby ni. Shooo shomellll.. Comel mcm muka daddy.. Cute tak puas tengok muka Andre.. “

” Waaa comel ni baby, besar mesti handsome. Kecik-kecik pun dah nampak handsome boy sangat Andre Omar ni.. “

” Aduh comelnya dia, hidung mancung betul. Handsome boy nampak macam muka daddy je.. Nyenyak betul tidur nya tu”

” Alahaiii lenanya dia tdo, cute sangat Andre ni. Hensemnya baby, hidung mancung.. muka sama daddy la sayang.. “

” Comelnya sayang Andre ni, Macam muka daddy diaa. Hidung tu terpacak sungguh. semoga membesa dgn sihat n comel selalu.. “

” Kecik2 dh handsome. macam muka daddy dia sangat la comel Andre ni.. Bapak borek anak rintik, ni baru betul anak bapak.. “

” Alah muka mcm mat salleh celup, comelnya Andre. Handsome copy muka daddy sangat ni.. Part hidung tu alahai mancung betul.. “

Muka penuh Andre yang nampak keseluruhan wajahnya memang nampak mirip dengan Amirul. Pasti sekacak daddynya dewasa nanti si comel ini. Apa pun, semoga Andre Omar membesar dengan sihat selalu dan sentiasa menjadi penghibur hati kedua orang tuanya. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Farah Nabilah 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..