” Ala terharu Ernie, sweet Syamel lapkan air mata Ernie.. ” – Netizen

Video Anuar Zain Menyanyikan Lagu Sesucinya Cintamu Di Majlis Resepsi Ernie Zakri Dan Syamel. Wah Untungnya Ernie, Pak Ngah Bagi Special Performance Lagi. Part Syamel Lap Air Mata Ernie Tu, Sweetnya La. Amboi Siap Buat Gaya Ahli Silap Mata Lagi Bang Mel Ni !!

Setelah selamat diijabqabulkan minggu lalu, pasangan Ernie Zakri dan Syamel mengadakan majlis resepsi pernikahan mereka semalam. Bertempat di Bayswater, KLCC banyak moment indah yang dapat dicoretkan sepanjang majlis istimewa pasangan ini.

Ernie dan Syamel yang kelihatan berseri-seri ini tidak lekang senyuman di bibir mereka. Antara yang menjadi tumpuan pada majlis semalam adalah nyanyian khas daripada penyanyi tersohor, Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan juga bapa saudara Ernie sendiri, Anuar Zain.

Meninjau akaun Instagram Era. je, telah dikongsikan video ketika Anuar Zain menyampaikan lagu h1tsnya berjudul Sesucinya Cintamu. Umum mengetahui Ernie sangat akrab dengan Anuar yang dipanggil Pak Ngah.

Kelihatan Anuar menarik tangan Syamel ke tengah dewan dan menyampaikan lagu ini dengan penuh penghayatan. Ernie juga terlihat seb4k dan Syamel lantas mengambil tisu dan menyapu air mata isteri tersayang. Sempat lagi Bang Mel buat gaya seorang ahli silap mata, haha.

Jom tonton video di bawah :

Persembahan dan suara Anuar memang tidak dapat dinafikan keunikannya. Selain lantunan suaranya yang merdu ini, gelagat sang pengantin juga menjadi tumpuan. Antara komen-komen peminat :

” Bila your family majoriti penyanyi be like BEST SIA BOLEH KAROK SAMA SAMA, LAWAN VOKAL.. Comelnya pak ngah dia.. “

” Bestnyee Pak ngah dia nyanyikan. Nanti aku nak nanyilah untuk anak buah aku bila dorg kahwin. yes..anuar Zain.. legend.. “

” Satu yg rasa special pasal diaorang dua orang ni…diaorng nyanyi pakai hati.. sebab tu pembawakan tu Kita pun rasa kagum dengaq rasa lagu yg nyayi tu.. lama2 duet sama, jat0h ke hati ye.. tahniah both of you. Tak ramai penyanyi mcm diaorng ni… ramai yg mer4pu… suka dgn diaorng ni.. “

” Ala terharu Ernie. alolo sweet Syamel lapkan air mata ernie. untunglaa pakngah anuar zain, my idola yang best suaranya.. “

” Beruntung nya psgn pengantin baru bila penyanyi legend merangkap pakcik sendiri yg perfom lagu best buat pengantin bru.. “

” Bestnya suara pak ngah, memang the best wedding la cenggini. Family suara padu semua. Dah lama tak dengar suara anuar.. “

” So sweet Bangmel lap airmata kak ninie. Aku je ke yang senyum sorang sorang ni tengok gelagat dorang. Memory yang indah betul.. “

Meriah sungguh majlis resepsi Ernie dengan dikelilingi ramai insan yang menyayangi. Pastinya menjadi memori yang indah antara bapa saudara dan anak saudara dengan persembahan ini. Semoga Ernie dan Syamel berbahagia selalu dan berkekalan sehingga ke jannah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era.je

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..