Artis / Selebriti
” Aku yang dengar pun rasa nak menangis, tiba-tiba rasa sebak.. ” – Komen Netizen
Video Anak-Anak Arwah Siti Sarah Raissuddin Bermain Game ‘Siapa Lebih Kenal Ibu’ Buat Ramai Tersentuh. Sebak Dengar Jawapan Matin Bila Ditanya Apa Yang Membuatkan Ibu Happy !!
Pejam celik, pejam celik, sudah 3 tahun penyanyi arwah Siti Sarah Raissuddin pergi meninggalkan kita dan sehingga ke hari ini, pemergiaan arwah masih diingati ramai. Untuk rekod, semalam pada tarikh 15 September adalah hari ulang tahun kelahiran arwah Siti Sarah yang ke 40 tahun.
Meninjau di akaun Instagram milik arwah, telah dikongsikan video yang memaparkan anak-anak arwah iaitu Uwais, Talita, Matin bersama atuk serta nenek mereka, Raissuddin dan Makder. Menerusi video itu, mereka bermain satu permainan yang diberi nama ‘ Siapa lebih kenal ibu’ .
Ada beberapa soalan yang diajukan oleh Makder kepada Uwais, Talita dan Matin. Antara soalannya adalah nama penuh, tempat kelahiran dan hari lahir arwah Siti Sarah. Perkongsian video tersebut telah mengundang sebak warganet yang menonton video ini.
Lebih-lebih lagi melihat reaksi Matin ketika menjawab soalan. Sebelum ini Matin adalah anak yang paling manja dengan arwah. Sehingga kini, video yang dikongsikan ini telah menerima ratusan komen dan belasan ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagtram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video tersebut dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Aku yang dengar pun rasa nak menang1s, tiba-tiba rasa sebak.. Al Fatihah untuk arwah Siti Sarah, semoga arwah ditempatkan dalam golongan yang dikasihi Allah.. “
” Al fatihah buat arwah.. Malam nie bulan Ashraf nyanyi lagu kesetiaan di TikTok live Malaysia.. Mesti sedih kan.. Rindunya dekat arwah.. “
” Al-Fatihah, tetiba rasa sebak .. Nampak Uwais dah jadi ank teruna ye . Dah nampak dewasa, suara pun dh besar, kejap betul masa berlalu.. “
” Selamat Ulangthn buat Arwah Ibu nye yg genit, sangat berbakat.. Nnt bgtau semua ni pd Ayash pula yaa.. Tentang ibunya.. “
” Bulan yg sama dgn arwah Siti Sarah… Slmt hr lahir Siti Sarah…Semoga dtmptkn bersama org² yg solehah.. Aamiin… Al-Fatihah.. “
” Al fatihah buat bidadari syurga.. Semoga semua akan bertemu kembali ke dalam syurga kelak.. Aamiiin ya Rabb.. Sayang Siti Sarah.. “
” Ya allah seronok dan sedih bila tengok anak2 arwah. Makder tanyalah lg tengok kenangan apa yg dia org ingat. Al fatihah buat arwah Sarah. Tp nmpk ingatan dan kerinduan pd arwah ibu masih kuat.. “
Alahai sebak pula dengar Matin cakap perkara yang membuatkan ibunya happy adalah dirinya sendiri. Melihat wajah anak-anak arwah Siti Sarah ini membuat ramai yang tersentuh. Sama-sama lah kita sedekahkan Al Fatihah kepada arwah Siti Sarah, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang solehah dan dikasihi Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG sitisarahraissuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Hadie baru 16 tahun tapi MashaAllah matangnya dia. Bijak bercakap, walaupun kena provoke.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Jadi lain lagu ni dalam versi Aishah. Sedap rupanya lagu ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terharu dengar jawapan suami Ina. Jawapan orang terpelajar dan berilmu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Best dengar Nubhan cakap Cina, macam pakcik-pakcik Chinese ajak menyembang. Fluent betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Hebat tok kadi, ikut perkembangan semasa. Tak pernah lagi tok kadi bagi ceramah macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Allahuakbar, sayunya hati ini. Sedih tengok anak sulung Ina menangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dia betul-betul buat lagu ni versi dia, sampai tak sedar tu lagu Tokti. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Abang ipar kau tak kasi kau buka tudung.. ” – Neelofa