Artis / Selebriti
” Aku dah semangat dah part Rina nak solo tu. Sekali tersedak pulak dia, haha.. ” – Komen Netizen
Video anak Maryam You Narae, Rina ingin menyanyi bersama Ommanya buat ramai terhibur. Boleh pula Rina suruh Omma dia stop sebab nak nyanyi sorang. Baru sebut ‘kasih’ terus tersedak. Punya lah semangat Rina nak menyanyi, haha..
Bagi yang mengikuti personaliti media sosial iaitu Maryam You Narae, pasti mengetahui yang Maryam memiliki seorang anak perempuan bernama Nik You Rina atau mesra dipanggil Rina. Maryam juga sering memuatnaik video-video gelagat anaknya itu untuk tontonan umum.
Video Rina ketika menjamu selera juadah yang disediakan oleh Maryam sendiri sering meraih perhatian ramai. Melihat Rina makan dengan penuh berselera membuatkan yang menonton juga rasa terliur. Bukan itu sahaja, ramai yang memuji Rina tidak memilih makanan dan makan apa sahaja yang disediakan oleh ibunya.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok Maryam, telah dikongsikan video yang memaparkan Maryam menyanyi bersama Rina. Pada mulanya Maryam menyanyi lagu Lelaki Teragung nyanyian asal Dayang Nurfaizah. Mendengar nyanyian ibunya, terus Rina pun turut teruja mahu menyanyi bersama.

Telatah Rina yang menyanyi penuh perasaan telah mengundang tawa warganet. Paling mencuit hati adalah Rina tiba-tiba tersedak ketika menyanyi. Sehingga kini, video Rina bersama Maryam telah ditonton lebih 3 jutan tontonan dan menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@uyounik 😂😂😂 tapi dia ada jiwa tau
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan terhibur melihat gelagat comel Rina. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Aku dah semangat dah part Rina nak solo je. Sekali tersedak pulak dia, haha.. Lawak betul dua beranak ni punya perangai, hahahaa.. “
” Subhanallah Allahuakbar comel si Rina ni, ank kacukan durian kimchi (korean n Malay).. Tapi kdg2 aku konfius ank Maryam dgn ank Ernie Zakrie , muka lebih kurang je.. “
” Ya Allah sampai terbatuk yee die punye feeling, hehe.. So cute lah Rina.. Ada bakat nyanyi lah Rina.. Nanti boleh buat album dengan omma.. “
” Sis ingatkan Rina tekejut mama dia nyanyi.. Rupanya dia sambung nyanyi.. Makin comel la Rina.. Dgn pelat bahasa Melayu dia.. “
” 10 kali aku ulang 10 kali jgk aku gelak.. Alahai Rinaaaa, lucu lh dua beranak.. Ketawa besar mak dia bila tengok Rina batuk2.. “
” Comel Rina.. Ehhh perangai betul laaaaaaaa geram tau…Tersedak pulak, hehehe.. Ada dekat auntie dah lama cubit pipi tu, hehe comel.. “
” Awat ler comei sgt awk ni! Siap suh mak die stop nyanyi die nk sambung.. Last2 tersedak plak, hahaaha gerammmyaaa dengan Rina ni.. “
Tidak kering gusi ketawa melihat telatah si comel ini. Punya lah semangat nak menyanyi, sampai tersedak Rina dibuatnya. Maryam pun berdekah gelak tengok Rina. Apa-apa pun, semoga Rina terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok uyounik
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen


