Connect with us

Artis / Selebriti

” Ajai pun tak boleh nak palau Kak Lina, pandai kak Lina jinakkan ‘garang’ Ajai.. ” – Komen Netizen

Video Kak Lina Kepom mengajak Ajai berduet secara spontan di Raise The Star Malaysia buat warganet terhibur. Adui Kak Lina, macam tu je Kak Lina seru Ajai eh. Kak Lina je yang berani usik dan menyakat Ajai macam tu, hehe..

Rancangan realiti Raise The Star Malaysia telah pun memasuki minggu separuh akhir semalam. Rancangan yang diadili oleh 5 orang komposer terkenal iaitu Ajai, Audi Mok, Aina Abdul, Shila Amzah dan Ikhwan Fatana ini menyaksikan persembahan yang hebat daripada semua peserta yang bertanding.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Elly Mazlein atau mesra dengan sapaan Kak Lina ketika hadir sebagai tetamu khas di pentas separuh akhir itu. Kak Lina tampil dengan imej berambut pendek dan ianya dipuji warganet kerana kelihatan lebih muda.

Host rancangan ini iaitu Aliff Satar bertanyakan kepada Kak Lina, adakah Kak Lina boleh menyanyikan lagu Exists. Kak Lina pantang diseru dan terus menyanyikan lagu kegemarannya yang selalu Kak Lina nyanyikan berjudul Langkah Seiringan. Ini antara lagu kebangsaan Kak Lina untuk banyak show yang diacarakan olehnya.

Dengan gaya yang mencuit hati, nyanyian Kak Lina yang merdu itu mendapat sorakan penonton. Kejutan dilakukan oleh Kak Lina apabila secara tiba-tiba Kak Lina menyebut nama Ajai dan menyuruh Ajai menyambung nyanyiannya itu. Ajai memang tidak boleh melarikan diri jika namanya sudah disebut oleh Kak Lina.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Kak Lina pompom jugalahh nombor syatu.. dia je yang berani usik dan menyakat Ajai.. ajai pun happy dengan kepom ni.. “

” Dia punya lagak tu alahaiii.. Kelakar lah Kepom ni.. dia memang multitalented dan penghibur sebenar.. cantik kepom nampak muda.. “

” Serba boleh Kepom ni, itu yang kita suka.. dia tak ada nak menyakitkan hati orang.. aku mmg minat gile kat Kepom ni. .berdekah time Kepom muncul ni… dah tu nak stay terus atas stage tu. hahaha.. “

” In case we forget, she debuted as a singer. Hebat kak lina, i like.. power kak kepom, hebat kak lina.. i like.. rambut pendek macam tu, fuh lawa betul kepom.. “

” Kuanghajo benar kepom ni haha.. Gaya tu mahal benor.. love love la kak kepomm.. kalau Lina kepom ada pasti pentas tidak pernah sunyi.. “

” She’s marvelous her jovial character was spectacular.. 3…4 Kali Aku ulang.. none other than kepom.. lagu kebangsaan kak lina kepom ni.. “

” Ajai pun tak boleh nak palau Kak Lina, pandai kak Lina jinakkan ‘garang’ Ajai.. ajai pun sporting, suka tengok. kak kepom memang dah lock lagu ni. terbaik.. “

Walaupun kemunculan Kak Lina hanya seketika tetapi sudah cukup menghiburkan penonton di dewan dan di rumah. Mana mungkin Ajai tidak menyahut seruan Kak Lina, rakan artis yang sudah lama bersahabat bersama. Ajai pun boleh bertukar masuk air jika ada Kak Lina.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era, Tiktok Era  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

OLZZ White Kidney Bean Probiotic
Bostanten Handbag

Trending

Copyright © Berita Kopak