Artis / Selebriti
” Adoilah lawak betul, kelakar tengok Hazama. Muka dah cuak.. ” – Komen Netizen
Reaksi Hazama ketika menyanyi bersama seorang penonton di atas pentas buat semua terhibur. Nah, sekali dapat penonton yang hyper. Mula-mula nampak malu-malu, sekali tak berhenti dia melompat. Hazama pun takut nak gi dekat, lawak betul lah..
Menerusi perkongsian di beberapa akaun Tiktok, telah dikongsikan suasana ketika penyanyi Hazama memeriahkan satu acara pentas. Program ini berlangsung di Sipitang Sabah dan ianya telah pun mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk di situ.
Hazama menghiburkan penonton dengan nyanyiannya yang hebat. Sebagai selingan, Hazama turut mengundang penonton yang sporting untuk menyanyi bersama-samanya di atas pentas. Menerusi video ini, kelihatan seorang wanita dan seorang lelaki berdiri di atas pentas bersama Hazama.
Lagu popular kumpulan negara jiran, Sheila On 7 berjudul Melompat Lebih Tinggi dan Dan menjadi pilihan mereka untuk menyanyi. Penonton wanita itu pada awalnya kelihatan malu-malu, namun siapa sangka dia sebenarnya seorang yang lincah dan penuh berkeyakinan sekali pun berada di hadapan ramai orang.

Penonton ini lincah dan agresif menari dan melompat sambil menyanyi lagu tersebut. Hazama yang seakan tidak percaya yang awalnya pemalu berubah karakter. Reaksi wajah Hazama itu mencuit hati warganet. Meriah persembahan dengan gelagat lincah wanita tersebut.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@mieyrulz_ hazama dekat sipitang guys!! sakit perut tengok telatah tengok budak2 ni🤣🤣 #fyp #kurelakanjiwasipitang
@apambalikkaki5 HAZAMA TERUS TAKUT SAMA KAU DIK🤣🤣🤣 Kau akan terkenal satu sipitang dik🤣🤣 #hazama #sipitang
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 25 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Adoilah lawak betul mengekek aku ketawa. Hazama confius, konsert siapa sebenarnya ni. Aku ke dia haha.. “
” Nasib satu buah aja lagu nya, kalau 10buah, alamak tak tahu nak cakap apa, yg pnting enjoy mariah, brunei siuk.. “
” Culture shock hazama dengan org sabah.. Jangan cuba2 ko bagi mic… terus ndak boleh cari makan haha.. “
” Mula mula malu, last last.. Hazama yang tak percaya haha.. Org d tt pun terhibur.. apa lagi kami yg tgok depan depan, haha.. sumpah kelakar.. “
” Dik betul2 kau buat dunia kau ye haha.. Hazama pun surrender kali ni.. trauma trus hazama haha.. apa² pun terbaik mghibur para² penonton.. “
” Mungkin dia dah lama nk rasa buat konsert sendiri.. terhibur itu sja yg mampu d katakan.. balik balik tengok sakit perut ketwa ooiii.. “
” Bukan 1 Sipitang, 1 Malaysia dah kenal kau dik haha.. hazama pun takut tengok, ligat betul ni haha.. kelakar tengok Hazama, muka dah cuak hehe.. “
Berdekah semua yang ada di situ melihat telatah wanita tersebut. Kelincahannya menguasai pentas itu membuatkan Hazama sendiri risau. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur dengan perkongsian ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Apambalikkaki5, Tiktok mieyrulz_
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen

