Artis / Selebriti
” 20 tahun sibuk pasal jodoh, abang oh abang.. ” – Abby Abadi

Video Sambutan Ulangtahun Kelahiran Anak Sulung Abby Abadi Dan Norman Hakim, Danish Hakim Yang Ke 20 Tahun. Papa Dah Sibuk Pasal Jodoh Danish, Dah Membebel Panjang Mama Kali Ni. Hehe !!
Danish Hakim merupakan anak sulung hasil perkahwinan Norman Hakim dan Abby Abadi kini genap usianya 20 tahun. Menerusi akaun Instagram Abby Abadi dan Memey Suhaiza, telah dikongsikan video ketika mereka sekeluarga menyambut hari lahir Danish.
Seperti biasa, tema sedondon perkara wajib bagi keluarga besar Norman dan Abby ini. Memilih warna merah, semuanya kelihatan ceria dan gembira sepanjang berlangsungnya majlis ini. Sekejap sahaja masa berlalu, sudah besar panjang Danish sekarang.
Tulis Memey di kapsyennya, doa daripada mama, abah, papa dan mommy sentiasa mengiringi langkah Danish. Comel betul Danish disuap dengan pulut kuning oleh papa, mama, abah dan mommy tu. Keluarga yang penuh dengan kasih sayang ni.
Abby turut memuatnaik video di akaun Instagram miliknya. Menerusi video itu Norman mendoakan jodoh untuk Danish. Panjang lebar juga Abby menitipkan pesanan dan nasihat untuk si sulung kali ini. Definisi tanggungjawab yang perlu Danish pelajari dalam kehidupan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telahpun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulillah tengok pun ikut rasa bahagia. Semua ini berkat saling menghormati, memahami, … hidup jadi lebih bahagia.. “
” Mmg dr dulu suka tgk family ne.. berkat ikhlas kasih syg tu akhirnya Allah satukan semula.. selamat hari lahir Danish.. “
” Selamat ulangtahun abg danish.. semoga sentiasa diberkati Allah swt. tengok family memey abby tersa bahagia sangat. moga ukhwah kekeluarga terus kekal hingga ke syurga abadi.. “
” Happy Birthday Danish Hakim.. Always be a good boy. Ingt lgi msa Danish 4 years… n my son Danish Hakimi 3 years… we celebrate bday in the same place Mcd Setapak .. terkj0t staff Mcd sbb nama sama.. “
” Contoh family yang bagus setelah melalui episod duk4 pada awalnye.. alhamdulillah.. Happy birthday abang Danish Hakim.. Semoga berjaya dunia dan akhirat.. “
” Betul.. 20 tahun tu awal lagi.. mungkin papa dia tak sabar nak jadi atok hehe. Happy bday Abg Danish… Semoga bertemu jodoh Solihah.. haha dan berbakti kpd seluroh anggota family nya.. “
” Alhamdulillah… yg tengok ni pon tumpang rase bahagia…. semoge dipermudahkan urusan kedua2 keluarga ini di dunia dan akhirat.. Beruntung abang Danish ada keluarga besar yang sayangkan abang.. “
Betul kata mama Abby itu, tanggungjawab itu besar dan terlalu banyak lagi perkara yang perlu Danish pelajari sebelum menggalas tanggungjawab sebagai suami. Apa-apa pun, selamat hari lahir Danish Hakim dan semoga berjaya dunia dan akhirat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Memey Suhaiza, IG Abby Abadi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Berat nanang mu Zan, macam tu je panggil. Haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti2 weeks ago
” Aku 0bses betul, dia speaking sedap dengar. Accent dia, cair weh.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Part ni tengok banyak kali pun still berdekah. Berani betul kenakan Ajai, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Contoh seorang wanita yang hebat, ibu yang hebat dan anak-anak yang hebat.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 weeks ago
” Ad0i kelakar jugak Watie ni. Aku ulang-ulang tengok, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Zaman abah, gantung CD dekat leher. Zaman anak, gantung segulung ijazah.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti2 weeks ago
” Kita yang baca pun berjurai air mata, ini kan pula Uchee yang menanggung.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” C0py paste Amy Search laa, handsome boy sangat ni.. ” – Netizen