Artis / Selebriti
” Yusuf tenang eh jawab akad, dalam hati mesti dub dab dub dab.. ” – Netizen
Video Akad Nikah Yusuf Bahrin Dan Zizi Kirana Dan Ucapan Selepas Bergelar Suami Isteri Yang Sah. Part Bertentang Mata Tu, Alahai So Sweet !!
Menurut laporan portal Harian Metro, penyanyi Zizi Kirana dan pasangannya, Yusuf Bahrin selamat diijabkabulkan di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju kira-kira jam 10.30 pagi tadi. Zizi yang popular dengan lagu Eh ini juga menerima mas kahwin RM300, sebentuk cincin berlian dan senaskah Al-Quran.
Memilih busana klasik songket tenun berwarna hitam dan keemasan, pasangan mempelai ini nampak berseri-seri sekali. Meninjau akaun Instagram Zizi Kirana, telah dimuatnaik video ketika akad nikahnya dijalankan.
Yusuf yang nampak tenang menjawab akadnya dengan teratur dan hanya dengan sekali lafaz sahlah Zizi menjadi isterinya yang sah. Untuk makluman, pasangan ini mula berkenalan ketika penggambaran program hiburan All Together Now Malaysia dua bulan yang lalu.

Bibit perkenalan ini akhirnya membawa mereka ke fasa perkahwinan. Sekalipun jarak usia mereka agak jauh berbeza, namun keduanya nampak serasi bersama. Pasangan ini turut memberikan ucapan ringkas untuk peminat selepas selesai upacara akad nikah mereka itu.
Jom tonton video di bawah :
Alahai sweet sangat pengantin baru ni, sempat bertentangan mata sewaktu mengucapkan ucapan terima kasih untuk peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :
” Tahniah Zizi dan Yusuf. Very dazzling, memang rilek betul korang ni. Tahu-tahu je nikah. Semoga sampai syurga dan dalam rahmat Allah sentiasa.. “
” Cinta Nur Yusof, semoga bercinta smpi syurga dan dapat zuriat soleh Solehah macam korang. Amazing love, congratulations.. “
” Selamat pengantin baru Zizi, sama cantik sama padanlah korang. Yusuf pun tenang setenangnya eh jawab akad. Dalam hati mesti dub dab dub dab hahha.. “
” Congratulations zizi n husbd smoga bahagia hingga ke anak cucu. smoga ikatan dibina berkekalan.. dilimpahkn kebahagiaan dunia akhirat.. “
” Alhamdulillah. Eh Eh Eh, Tahniah dik zizi kirana yang cantik. Moga kekal berbahagia hingga ke Jannah. syukur berkasih bercinta la seikhlas hati.. “
” Thniah cntik pjlanan yg allah aturkan utk kamu bdua. Alhamdullah, mantap cop. maka “bertambah tanggungjawab” dan dibahu utkmu memikul pabila lafaznya utk insan si cantek.. “
” Tahniah Yusuf bahrin, voice tu sama je dekat dalam TV dengan real nak nikah hehe. tu yg sis and anak tak boleh lupa.. “

Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya. 2 bulan sahaja pengenalan dan kini sudahpun bergelar suami isteri. Semoga segala yang baik untuk Zizi dan Yusuf pada masa hadapan dan sentiasa berkasih sayang sehingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Zizi Kirana, IG Imani Imtiyaz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

