Connect with us

Artis / Selebriti

” Yang part sampai Alisa tu cute haha, very smart lah Yusuf.. ” – Netizen

Jawapan Yusuf Iskandar Apabila Ditanya Oleh Hanis Zalikha Mengenai Caranya Menyusun Buku Dapat Pujian Peminat. Wah Kecil-Kecil Dah Teratur Yusuf Ni. Siap Ada Bahagian Alisa Lagi. Clever Boy !!

Kepetahan anak sulung Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar bercakap seringkali menarik perhatian ramai. Tidak hanya itu, Yusuf juga semakin bijak dan sangat suka pada subjek matematik. Baru 5 tahun usianya, Yusuf sudah pandai mengira operasi tambah dan t0lak hanya dengan cara congak sahaja.

Meninjau akaun Instagram Yusuf Iskandar, telah dimuatnaik satu video yang memperlihatkan susun atur buku di atas rak dalam bilik Yusuf. Menurut Hanis, sebelum ini Hanis menyusunnya mengikut warna namun ke semua susunan itu diubah oleh Yusuf.

Apabila Hanis bertanya bagaimana Yusuf menyusun atur bukunya, Yusuf pantas memberikan penerangannya. Kata Yusuf, dia menyusun buku mengikut tajuk dan saiz buku tersebut. Contohnya jika beberapa buku itu berkisar mengenai kartun Thomas And Friends, ia akan diletak dalam lajuran yang sama.

Tidak itu sahaja, Yusuf juga pandai membahagikan ruangan bukunya dan untuk adiknya Alisa Aisyah. Beberapa buah buku Alisa diletakkan oleh Yusuf di bahagian rak paling bawah supaya tidak bercampur dengan koleksi buku Yusuf.

Jom tonton video di bawah :

Cara dan penerangan Yusuf ini meraih perhatian peminat. Wah mesti selalu perhatikan cara mommy mengemas rumah Yusuf ni. Antara komen-komen peminat :

” Mommy junior lah, clever sangat Yusuf ni. Masya Allah, Yusuf dr dlu kn mcmni.. teringat mase tgok hairul hanis junior yusof kluarkan ball2 yg kemek masa main.. “

” Yusuf is such a clever boy, good job Yusuf. Alisa section tu so cute lah Yusuf. That great. Ability to sort to the attributes.. “

” Such a clever and good boy Yusuf ni. Jadi anak yang soleh dan abang yang baik untuk adik. A very bright boy indeed, Yusuf.. “

” Alhamdulillah.. Yusuf is really a smart boy. Ur future pray to be become a full responsible co-ordinator.. aamiin.. “

” Wow i got to give him a big round of applause for his wonderful effort. He set how he wants his books to be coordinated. Guess it will be easier for him to find them. Love this.. “

” Yusuf pandainya dia. Cara Yusuf bagi penerangan tu details betul. Kemas pulak tu susunannya, very smart la Yusuf.. “

” MasyaAllah bijaknya Yusuf, dia nak susun sendiri. Yang part sampai alisa tu cute hahha nanti alisa besar sikit dia pulak.. “

” Baiknya abg yusuf Alhamdulillah baik sungguh still ada section utk adik even though kecik je haha. Very organized la Yusuf.. “

” Amazing at this age dah ada organizing skill. So clever Yusuf ni, siap ada ruang untuk adik Alisa lagi. Cantik tengok susunan tu.. “

Nampak teratur dan lebih mudah untuk Yusuf mencari buku-bukunya selepas ini. Memang anak mommy sangatlah Yusuf ni, bijak menyusun atur. Apa pun, semoga Yusuf gembira selalu dan jadi anak yang membanggakan mommy dan daddy selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Yusuf Iskandar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT