Connect with us

Artis / Selebriti

” Yang baby menend4ng tu kemain gegau. Meleleh air mata aku gelak, haha.. ” – Netizen

Video Sedutan Lakonan Norreen Iman Bersama Mark Adam Dalam Drama Bisik Bisik Gelora Raya Buat Ramai Terhibur. Masuk Air Betul Lah Norreen Dan Mark Ni. Sama-Sama Buat Lawak, Sama-Sama Tahan Gelak, Haha !!

Nampaknya Drama Bisik Bisik Gel0ra yang pernah ditayangkan pada tahun lalu akan bakal bertemu dengan penonton sekali lagi pada tahun ini dengan versi Raya. Hal ini kerana, pelakon Norreen Iman telah berkongsi satu babak lakonannya di akaun Instagram.

Dalam video itu Norreen bersama pelakon Mark Adam melakonkan watak sebagai pasangan suami isteri yang mana Norreen sedang hamil. Perkongsian video ini telah menarik perhatian ramai. Telatah Norreen yang dikatakan ‘ masuk air ‘ sama seperti Mark membuatkan yang menonton terhibur.

Kalau dilihat Norreen dan Mark juga menahan gelak semasa sedang berdialog dan ketika mereka selesai berlakon, kedengaran kru-kru drama juga ketawa melihat telatah Norreen serta Mark berlakon.

Ada menyatakan tidak sabar menonton lakonan Norreen bersama Mark kerana kedua-dua mereka sangat menghiburkan. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Norreen telah menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya sangat terhibur menonton video lakonan Norreen dan Mark. Antara komen-komen menarik adalah :

” Yang baby menend4ng tu kemain gegau, meleleh air mata aku gelak, haha.. Lawak betul lah kalau si Norreen ni berlakon.. “

” Haha hg ni kan Norren kalau aku lemp4ng kang.. Mark pun tahan gelak tengok perangai hg, hahaha masuk air betul.. “

” Mark kalau ganding dengan Norreen habis lah, memang lawak kaw2 lah dua orang ni.. Tak sabar nk tgk lah, msti best kan.. “

” Norreen kalau tak watak pecah tak sah tau dia ni.. Keluar air mata gelak, hahahaa. Ulang tah berapa kali aku tengok video ni.. “

” Adehh.. Lawak tol 2 org ni.. Pepagi dah bt aku gelakk.. Tak sabar nk tgok.. Mesti kelakorr habiss.. Hahahhaaa.. “

” Hahahhhhahhhaha aku rasa kru kru drama kat situ pun tahan gelak. Cut je mesti mampos ketawa ramai2 ni, haha.. “

” Sengal lah korang ni, buat orang ketawa tak berhenti.. Raya ke berapa ni.. Tak sabar nk tgk ye.. Harap tak lupa tarikh.. “

Gandingan yang serasi, memang menghiburkan babak Norreen dan Mark dalam drama Bisik Bisik Gelora. Ramai yang tak sabar untuk menonton sambungan drama ini yang dikatakan jalan ceritanya masih tergantung. Apa-apa pun sama-sama kita saksikan nanti drama Bisik Bisik Gelora Raya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG norreen143

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT