Artis / Selebriti
” Wow tajuk lagu jarang orang nyanyi tapi Dadija boleh bawak. Lirik panjang tu.. ” – Netizen
Tomok Kongsi Video Nyanyian Anak Perempuannya, Siti Khadijah Buat Warganet Terhibur. Amboi Dadija, Lagu Dia Bukan Kaleng-Kaleng, Lagu Jiwang Karat Maza Zaman Ayah Dadija Kanak-Kanak Ni. Pandai Ikut Tempo, Terbaik Lah Dadija !!
Penyanyi Tomok antara penyanyi yang mempunyai ramai peminatnya. Selain berkongsikan perihal karier dan perniagaannya, Tomok juga kerapkali memuatnaik video anak-anaknya Arrian, Andra dan Siti Khadijah. Ketiga-tiga anak Tomok ini mempunyai bakat nyanyian sama seperti Tomok.
Jika semalam video Arrian mengalunkan selawat tafrijiyah mendapat pujian warganet. Kali ini giliran si kecil Khadijah pula yang menunjukkan bakatnya. Meninjau akaun Instagram Tomok, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Khadijah atau mesra dengan nama Dadija menyanyi.
Siapa sangka, Dadija yang baru setahun jagung ini sudah menghafal lirik lagu lama. Dadija menyanyikan lagu popular kumpulan XPDC berjudul C.I.N.T.A sementara Tomok memetik gitarnya. Suara Dadija yang comel itu mendapat perhatian warganet.

Dengan lirik yang agak panjang, Dadija berjaya menyanyikan lagu ini sehingga habis. Tomok pun tersenyum sama melihat telatah satu-satunya anak perempuannya ini. Pandai Dadija menyanyi ikut tempo, boleh lah menjadi pelapis ayah selepas ini bersama abang Arrian.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Tomok ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Wow… tajuk lagu jarang org nyanyi tp dija boleh bawak.. Comel dan pandai Dija nyanyi.. Ayah dia msti dok tahan nak gelak.. mntap la nfas pnjg ikot tmpo.. ”
” Dadija Tau-tau dah pandai join ayah jamming. Adoiii la kenit ni.. Bkn kaleng-kaleng lagu nya.. XPDC.. ”
” Dija comel sangat laaa pandai nyanyi.. Woww dia hit note betul lahh.. tak sumbang.. XPDC terus dia bagi.. ”
” Arah kitttaaaaaaaaa.. Wow comel nya model Levi’s nyayi.. Atleast tempo masukkk dio boekk hahahahahaa.. ”
” Brutal nie anak .. Sedap suaranya… MasyaAllah.. Berbakat.. Hebat lah dadija.. rock sangat ni comel ni.. ”
” Cerdik betul dadija ni.. ada bakat menyanyi macam ayah jugak. bijak dia, ingat pula tu lirik panjang..
” Pandainya Dadija, bukan biasa-biasa ok lagu dia. jauh terbang jiwang 90-an terus Dadija. Ni lagu zaman jiwang karat ayah ni Dadija.. ”
Bukan main lagi anak dara Tomok ni, lagu jiwang karat yang dia hafal. Memang next level lah lagu kegemaran Dadija ni. Apa-apa pun, suara Dadija memang cute dan pandai masuk ikut tempo. Kalau diasah bakat Dadija ni, tak mustahil boleh jadi penyanyi hebat suatu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Tomok
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adoi Syafiq Kyle, tersedak aku makan dengar dia karok. Terkejut dengar, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin



