Artis / Selebriti
” Wow classy version lagu ni, upgrade dah. I love Ning’s version.. ” – Komen Netizen
Video nyanyian Ning Baizura lagu ‘ Bey Soba Bey’ di konsert Gegar Vaganza 11 minggu ke 7 raih pujian warganet. Wah padu lah Ning menyanyi lagu ni, bukan senang, orang Kelantan pun approved. Gelek tu yang paling mahal..
Persaingan sengit diberikan oleh semua peserta Gegar Vaganza 11 untuk minggu ke 7 semalam. Masing-masing berusaha sebaik mungkin untuk menghiburkan semua dengan nyanyian mereka. Antara yang dinantikan oleh penonton adalah persembahan Ning Baizura.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sooka Malaysia dan IG Astro Gempak, telah dikongsikan sedutan video persembahan oleh Ning semalam. Ning mendendangkan lagu asal nyanyian Eda Ezrin dan Den Manjo berjudul Cinta Setandan Pisang atau lebih popular disebut ‘ Bey Soba Bey ‘.
Ning memulakan nyanyiannya dengan teratur dan alunan suaranya itu merdu didengar. Apabila orang bukan Kelantan perlu menyanyi lagu dalam loghat Kelantan, mustahil untuk ianya kedengaran 100 % sama, namun Ning tetap mencuba sebaik yang dia boleh.

Ning membawanya dalam versi dan lenggok tersendiri dan ianya mendapat pujian ramai. Riuh suasana apabila Ning bergelek di atas pentas. Kreatif dan Ning tahu apa yang perlu ditambahkan sebagai rencah untuk membuatkan persembahannya itu kelihatan lebih menarik.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@sookamalaysia Jom layan Gegar Vaganza 2024 setlap Ahad, 9 malam LIVE di Astro Ria atau strim di Astro GO dan sooka. #GegarVaganza2024 #GV11 #BintangKembaliMenyengat #AstroMalaysia #AstroGo #fyp #GegarVaganza #GV #GegarVaganza11 #NingBaizura
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Good trial kak Ning… u made the song look new.. Bukan senang nak nyanyi loghat kelate ni . Good job Ning.. “
” Memang kak Ning ikut cara nyanyian dia yang tersendiri.. so proud sbb bkn senang nk ckp kelantan, tambah nyanyi plak.. “
” Mekyahhh approved. Walaupun botol budu tk pecoh lg, tp good jobb kak ningggg.. arrangements fresh dan x rasa rempit2 kelate.. “
” Aku yang bukan ore kelate dengar macam sedap pulak.. sedap dan sopan je kejadian nye bila diva yg bawa.. “
” Sedaplah Ning nyanyi lagu ni.. Bukan senang nk nyanyi dlm bahasa dialek yg bukan bahasa kita sehari hari. Two thumps up sbb berani.. “
” Kak Ning so versatile.. Tahniah kakak, part joget mahal tu… steady Ning. love sangat performance ning.. berkat practise dengan suami ni.. “
” Wow classy version lagu ni, upgrade dah.. I lurrve Ning’s version.. best sangat.. Tak pelat elok jer pronounciation dia. Bukan senang wei.. “
Bukan sesuatu yang mudah tetapi Ning berjaya membawakan lagu ini dengan versinya yang tersendiri. Tidak boleh dibandingkan sebutan Ning dengan penyanyi asal kerana loghat Kelantan agak sukar untuk dipelajari dalam masa yang singkat. Apa-apa pun, tahniah Ning dan terus maju jaya untuk minggu akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sooka Malaysia, IG Astro Gempak, IG Media Hiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen

