Artis / Selebriti
” Win Maryam, dah pandai ikut cara orang sini. Maryam faham sangat dah perangai ‘ kakak’. haha.. ” – Netizen
Video Lakonan Maryam You Narea Jenis-Jenis Akak Nak Bagi Duit Raya Buat Warganet Terhibur. Ekspresi Muka Dan Ayat Maryam Tu Kelakar. Part Akak Select Tu Berdekah Gelak. Memang Kena Sangat, Haha !!
Nama Maryam You Narae sememangnya dikenali ramai. Berasal dari Korea dan kini menetap di Malaysia, figura ini membuat sedikit demi sedikit perubahan dari segi pemakaiannya yang membuatkan warganet merasa kagum dan gembira melihat diri Maryam sekarang.
Meninjau akaun Instagram Maryamyunrr, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Maryam melakonkan jenis-jenis akak memberikan duit raya. Lakonan Maryam menggeletek hati warganet ditambah lagi dengan mimik mukanya yang comel itu.
Dalam banyak-banyak karakter yang Maryam lakonkan, jenis ‘akak select‘ paling mencuit hati. Amboi bukan main lagi ayat Maryam, sampai ke anak abang kamera pun terlibat sama. Sambil Maryam melawak, itu sebenarnya realiti yang banyak terjadi dalam masyarakat kita.

Selain melihat lakonan Maryam itu, mata warganet juga tertarik dengan penampilan Maryam yang cantik dan ayu dalam busana khimar keluarannya sendiri itu. Maryam kelihatan begitu sopan dan selesa sahaja berbaju labuh seperti itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Maryam ini sehingga kini telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Yang select tu hahaha.. Aku suruh die sebut “ KARIMMMMM” DIA SEBUT “KAMIRRRR” YIHHHHHHH.. ”
” Selalu jumpa yg select tu. dia duk tnya ank siapa, anak siapa. sudahnya tak kenal2 jgk. tahun depan pon tnya lagi bnd yg sama.. ”
” Lawak Mariam.. bahasa melayu dia semakin hari semakin bagus.. geram tengok kecomelan maryam.. ”
” Lawak pulak yang baju biru tu.. Impress betul dgn effort Maryam nak ckp bahasa melayu.. ”
” Impress betul dgn effort Maryam nak ckp bahasa melayu.. Penggunaan Bahasa Melayu dah banyak improve.. ”
” Hahhahahha win Maryam… Bahasa Melayu semakin fluent.. semakin menghiburkan pon ya… 1 thing yg i suka dia ni pakaian dia semakin lama semakin labuhhhh… love sngt.. ”
” Hahahaha.. dh pandai ikut cara org sini. haha ada2 je la maryam ni.. Yg no 1 tu wehhhhh hahahahhahaa! Maryam fhm sgt dh perangai “kakak”.. ”
Nampaknya Maryam memang sudah ‘masak’ dengan perangai orang Malaysia. Tahap penguasaan bahasa Melayu Maryam juga semakin bagus dan fasih. Apa-apa pun, ini hanyalah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Maryamyunrrr
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti2 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti7 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya



