Connect with us

Artis / Selebriti

” When they said ‘ its doneeee ‘ same tone with their mommy. Sooo cute.. ” – Netizen

Video Anak Datin Eina Azman, Arriana Aubrey dan Karl Kareef Memasak Dengan Gaya Yang Comel. Part Last Tu Tagline Mummy Tak Tinggal. Bijak Aubrey Dan Karl !!

Terkenal dengan video masakannya, nama Datin Eina Azman menjadi sebutan peminat. Berkongsikan cara masakan yang simple namun hasil yang nampak sedap dan menyelerakan, peminat sering ternanti-nantikan video terkini wanita jelita ini. Suara Datin Eina juga turut digunakan bagi produk Maggie Cukup Rasa.

Mempunyai sepasang anak kembar hasil perkahwinannya dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, kembar ini membesar dengan sempurna. Diberi nama Arianna Aubrey dan Karl Kareef, pasangan kembar ini sudahpun berusia 4 tahun.

Petah bercakap dalam bahasa Inggeris, aksi kembar ini sering mencur1 perhatian. Sering melihat aksi mummynya memasak di dapur, kini si kembar ini juga turut sama membuat video masakan. Terdahulu hanya Aubrey seorang membuat tutorial masakan. Terkini Karl juga turut sama dirakamkan bersama Aubrey memasak dengan cara mereka.

Menerusi akaun Instagram Aubreykarl, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Aubrey dan Karl sedang membuat masakan yang dinamakan Chocolate Rice Crispy. Gaya dan percakapan mereka yang comel tak ubah seperti Datin Eina buat ramai terhibur.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat kembar ini antara komen-komen netizen:

” Cucu Kesayangan Tok Mi ni dah nak jadi Chef juga ya macam mummy dia … Hihihi Comey sangat Miss you Sayangggg.. “

” Haihhhh… So cute with the ‘kacau-kacau’ word.. “

” Thats assalamualaikum comell.. “

” When they said ‘ is doneeee ‘ same tone with their mommy. Sooo cute!!.. “

” Jauh pergi ini bahan-bahannya tu.. “

” Comel… Ini bahan bahannya dah macam nak bernasyid.. “

” Karl cakap ‘kacau-kacau’ tu sama macam mummy dia laa.. “

” Macam banyak je ‘ini bahan-bahannya’ sampai tangan jauh ke sana… “

Comel betul chef cilik ni bila di dapur. Memang sebijik macam mummy nya lagi-lagi part last tagline Datin Eina Azman tu. Tak mustahil besar nanti boleh join mummy buat channel masak memasak di dapur ni. Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aubrey dan Karl membesar dengan sempurna dan di bawah lindungan Allah sentiasa. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aubreykarl by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT