Connect with us

Artis / Selebriti

” Wehh serious lah buat betul-betul in public. Dah macam Mr. Bean cara Dr tengok tudung isteri, haha.. ” – Netizen

Video Dr Izzar Anwari Memastikan Tudung Isterinya, Ummi Nazeera Sentiasa Dalam Keadaan Cantik Ketika Berada Di Sebuah Majlis Buat Ramai Terhibur. Adoi, Siap Buat Ukuran Guna Tangan Lagi. Part Mata Tu Kelakar. Sebijik Macam Mr. Bean, Haha !!

Jika meninjau di akaun Instagram milik suami pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar Anwari pasti mengetahui yang Dr Izzar ini sebenarnya seorang yang kelakar. Ada sahaja perkongsian oleh Dr Izzar akan membuat warganet tak kering gusi ketawa.

Jika beberapa hari sebelum ini, Dr Izzar ada memuatnaik video yang memaparkan Dr Izzar sedang membantu membetulkan tudung yang dipakai Ummi dalam sebuah majlis yang dihadiri mereka. Perkongsian video itu telah mendapat pujian ramai.

Terbaru, Dr Izzar telah berkongsi video menemani Ummi ke menghadiri majlis LFW 23 Grand Finale Show. Namun apa yang mencuit hati adalah telatah Dr Izzar yang sentiasa mahu memastikan keadaan tudung Ummi ketika diwawancara kelihatan ‘on point’ .

Ada warganet mengatakan gaya Dr Izzar sangat mencuit hati dan sesekali memandang Dr Izzar sudah seperti Mr. Bean. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Dr Izzar itu telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton video di bawah ini :

View this post on Instagram

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur melihat telatah Dr Izzar menerusi video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :

” Wehh serious lah buat betul-betul in public, dah macam Mr. Bean cara Dr tengok tudung isteri, hahaha.. Penat ketawa tgk video ni.. “

” Org kt belakang Dr pun tertengok sekali.. Dia pun berkata apa yg org tu tgk.. Aku tengok sekali lah, hahaha.. On point tudung.. “

” Sekali tgk video ok.. 2,3kli tgk muka Dr gaya tu dh mcm Mr Bean pulakk.. hehehehehe makin kelakar lah Dr sekarang ye.. “

” Macam mana lah Ummi oleh fokus.. Kalau sy tak dan dah, sy terburai pecah gelak. Langsung tak ingat dah nak cakap apa hahahaha.. “

” Anugerah suami terpaling function.. Jatuh kpda Dr Izzar, hahahaha suami yang terbaik di abad ini.. Susah nak cari tau.. “

” Ya Allah tak pernah tak kelakar,Β  isteri pelakon hebat suami pun ada bakat. In character tengok tudung isteri.. Wakakakakakakakakaka.. “

” Biasa org cakap β€œintagram husband β€œ tapi kalau cover sekali tudung ini dah another level up.. Good job Dr.. Ummi is so blessed tau.. Hari2 ada penghibur. Hahaha.. “

Berutung Ummi mendapat suami yang kelakar seperti Dr Izzar. Pasti setiap hari Ummi tak kering gusi ketawa melihat gelagat suaminya itu. Apa-apa pun semoga rumah tangga Dr Izzar dan Ummi Nazeera akan terus kekal dan bahagia hingga lah ke akhir hayat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG izzar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT