Connect with us

Artis / Selebriti

” Wahai wanita yang mulia, akulah insan yang telah kau selamatkan.. ” – Zarina Zainuddin

Zarina Zainuddin Muatnaik Video Meraikan Ulangtahun Kelahiran Madunya, Datin Sri Hajah Noorhasimah. Perkongsian Zarina Tentang Madunya Raih Perhatian Peminat. Ayat Kapsyen Zarina Tu Deep Sangat !! 

Umum mengetahui yang pelakon bernama Zarina Zainuddin antara selebriti yang hidup dalam poligami. Bergelar isteri kedua kepada Datuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar, Zarina jarang berkongsi perihal suami dan madunya itu.

Meninjau akaun Instagram Zarina Zainuddin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Zarina bersama DS Raihan dan beberapa lagi ahli keluarga yang lain menyambut ulangtahun kelahiran Datin Sri Hajah Noorhasimah Mohd Noor.

Agak panjang coretan Zarina kali ini berceritakan tentang madunya ini. Kata Zarina, yang selalu dipaparkan di kaca TV sekarang semuanya kisah madu-madu yang berper4ng dan langsung tidak menunjukkan kebaikan dalam hidup bermadu.

Namun lain situasinya buat Zarina kerana DS Noorhasimah seorang yang cukup baik dan menerima Zarina seadanya. 28 tahun hidup berkongsi kasih, banyak yang Zarina belajar daripada DS Noorhasimah. Mulianya hati seorang wanita dapat menerima wanita lain untuk bermadu, Zarina mendoakan agar DS Noorhasimah diberikan ganjaran syurga kelak.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Zarina ini telahpun mendapat tumpuan daripada peminat dan antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :

” Pengarah dan penerbit drama kena buat drama filem mengangkat hidup bermadu yg baik aman damai.. “

” Alhamdulillah… respect Ina. Hormat perasan madu dan org lain.. sus4h nak cari manusia mcm ni.. Semoga sentiasa di lindungi Allah SWT.. Ameen.. “

” Terbaik , selalu jumpa bini no 2 ni tak nak mengalah eg0 dan ker4s kepala. Happy Birthday Datin Sri Hajjah Noorhashimah Mohd Noor. Semoga sentiasa dlm lindungan dan rahmat Allah.. “

” Kami suami isteri pulak yg menang1s baca caption… semoga bahagia selalu buat ZZ sekeluarga.. “

” Seb4k pulak, hati akak memang bersih, tergambar pada sikapnya. moga dipermudahkan segalanya bahgia hingga akhir hay4t… Amin.. “

” Syukur Alhamdulillah kedua-duanya isteri yg solehah, yg memudahkan urusan suami. Semoga semuanya didalam redho Allah utk ke Jannahnya.. “

” Insan insan yg mulia hatinya walaupun tempoh byk dugaan hidup. sis solute ina. semoga dipermudahkn urusan ina bersama family tersayang, kak ina dan datin terus berkasih sayang hingga kejannah. Amiin.. “

” Cuma satu je saya nk ckp kat zarina zainuddin…respect kerana sentiasa menjaga perasan akk madu dia. ssh nk dpt mcmni. tahniah Dato Sri bijak mengemudi 2 bahtera indah.. mendidik isteri2 ke arah mencari syurga.. “

Bukan semua orang ada hati dan jiwa yang kuat untuk hidup seperti ini. Namun saling hormat menghormati dan menjaga hati antara satu sama lain menjadi kunci sebuah kebahagiaan. Semoga Zarina dan DS Noorhasimah sentiasa dalam lindungan Allah dan berbahagia selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zarina Zainuddin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT