Connect with us

Artis / Selebriti

” Untung anak, ayah tidurkan dengan ayat-ayat Al-Quran.. ” – Netizen

Video Suami Emma Maembong, Shazli Mendodoikan Anak Mereka, Shariq Gabriel Untuk Tidur. Alahai Merdunya Alunan Suara Baba Mengaji Sampai Tak Berkelip Mata Gabriel Pandang Baba. Tapi Macam Baba Pulak Yang Nak Tertidur Tu !!

Sebut sahaja nama Shaqiq Gabriel, tentunya wajah comel anak Emma Maembong ini terbayang di fikiran peminat. Perkongsian tentang Gabriel kerap kali mencur1 tumpuan ramai kerana wajahnya yang putih gebu dan matanya yang cantik itu.

Meninjau akaun Instaram Shariq Gabriel, telah dikongsikan satu video baru Gabriel bersama baba nya, Shazli. Kelihatan Shazli sedang mendodoi Gabriel tidur dengan mengalunkan bacaan surah Ad-Dhuha dan Al-Inshirah.

Suara Shazli kedengaran mendayu dan merdu mengaji. Gabriel pun nampak asyik sekali mendengar dan tidak langsung berpaling daripada memandang wajah babanya ini. Khusyuknya Gabriel mendengar sampai bulat matanya.

Di ruangan kapsyennya tertulis baba mahu tidurkan Gabriel namun baba dulu yang tertidur dahulu. Pastinya semua kaum ibu dan bapa sering mengalami situasi seperti ini. Si anak masih segar matanya, akh1rnya terkebil-kebil seorang diri haha.

Jom tonton video di bawah :

Alunan suara Shazli dan cara Gabriel memandang ke wajah babanya ini meraih perhatian peminat. Khusyuk betul Gabriel dengar suara baba dan antara komen-komen peminat :

” Untung anak, ayah tidurkan dengan ayat ayat Alquran. SubhanAllah, didoakan menjadi keluarga sakinah mawaddah warrahmah.. “

” Haihhh pesal kite yang tengok ni jadi terharu pulak. Hihi sweetnya tengok pandangan gabriel dekat baba dia tu. So cute.. “

” Too cute Gabriel, the way he look at his baba, melting sekejap. Alhamdulillah, sejuk dengar bacaan surah surah Babah nya. Tahniah dik.. “

” Woah baby, your comel sangat lah. Anak yang baik lah Gabriel, good boy pandang babah tak berkelip mata. Semoga jadi anak yang soleh.. “

” Good boy, dia dengar baba dia baca ayat ayat alquran. Sedapnya bacaan surah baba Gabriel. Semoga menjadi anak yang soleh Gabriel sayang.. “

” Shariq perhatikan saje baba dia bila nak tidur. Pandangan tu comel je tenung babah dia. Pandai sangat si bamb4m ni, macam paham baba baca.. “

” Merenung jauh Shariq pandang muka baba tu, pandai sangat si comel ni. Bulat mata dengar kalammullah, terbaik baba. Handsome, pandai mengaji. Bertuah Emma dan Shariq.. “

” Behave nya dia, baik je pandang baba dia baca. Sampai tak berkelip mata Gabriel, baiknya anak soleh. Pandai menghayati bacaan baba ye.. “

Amalan yang bagus untuk mendodoikan anak dengan surah surah sebegini. Gabriel juga tenang sahaja mendengar bacaan babanya itu. Apa pun, semoga Shazli sekeluarga sentiasa dirahmati Allah dan bahagia selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shariq Gabriel

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT