Artis / Selebriti
” Unexpected betul jawapan. Sekali kita pun penat nak fikir, haha.. ” – Komen Netizen
Video Achey Bocey dan Anne meneka lukisan yang dilukis oleh anak mereka, Tiara buat ramai terhibur. Dari awal sampai habis semua teka salah. Bila sampai lukisan terakhir tu, comel betul hasil tangan Tiara. Berdekah gelak tengok gelagat tiga beranak ni, haha..
Anak kepada pelawak dan penyanyi terkenal Achey Bocey, iaitu Tiara Zinnirah sememangnya sering menjadi perhatian ramai di media sosial. Walaupun masih kecil, Tiara sudah menunjukkan keperibadian yang ceria, bijak, dan penuh dengan telatah yang mencuit hati.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik isteri kepada pelawak Achey Bocey iaitu Anne, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan mereka sekeluarga bermain satu permainan teka lukisan. Menerusi video tersebut, dapat dilihat cara permainan itu adalah Anne dan Achey perlu meneka apa yang dilukis oleh anak mereka, Tiara.
Namun apa yang mencuit hati adalah lukisan pertama yang dilukis oleh Tiara gagal diteka oleh kedua-dua ibu bapanya. Bukan itu saja, lukisan kedua dan ketiga pun tetap tidak berjaya diteka dengan betul. Telatah mereka sekeluarga bermain permainan ini mengundang tawa warganet yang terhibur dengan gelagat spontan tiga beranak itu.

Ramai yang memuji kecomelan Tiara dan menyifatkannya sebagai seorang kanak-kanak yang bijak serta kelakar. Ada juga yang berseloroh mengatakan lukisan Tiara sangat ‘unik’ dan hanya Tiara sahaja yang tahu maksud sebenar di sebaliknya. Bukan itu sahaja, reaksi Achey dan Anne ketika meneka lukisan tersebut juga mencuit hati.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur menonton video berkenaan. Pelbagai respon lucu dan positif diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik yang ditinggalkan adalah :
” Unexpected betul jawapan. Sekali kita pun penat nak fikir, haha.. Mama dgn ayah pun sama naik, sampai cek cek pn keluar.. “
” Tiara randomnyaaa.. Ingat kain ingat Jakel ingat whiteboard.. Tak pernah tak kelakar lah Tiara ni, sangat menghiburkan.. “
” Last drawing tuu so sweet so touching… Tiara nie btul2 penghibur kala sukaduka… Cpt ilang semua kepenatan kejerumah bile tgk video dia.. “
” Wehh lawak betul lah dengar semua jawapan Tiara.. Semuga bsr Tiara kelak menjdi kebangaan ayah & ibu… Love you many2 Tiara.. “
” Hahahaa ‘ayah kan botak’, ayat paling win Tiara.. Lawak sangat lah tu Tiara lukisnye pun, hahaha acik pun penat ketawa.. “
” Weiiii nape kita teka semua betul.. Power jugak kiter.. Hahahaha.. Tiara memang seorang yang penghibur.. “
” Aduilah, buaya pun tak kenal gambar dia kalau mcam ni, hahha.. Comel lah Tiara lukis.. Mengekek acik gelak anak weh.. “
Telatah bersahaja keluarga Achey memang tak pernah gagal menghiburkan ramai. Bukan sahaja kelakar, malah mereka juga nampak sangat rapat dan penuh kasih sayang. Tiara sememangnya menceriakan orang di sekelilingnya. Memang betul-betul ‘mini Achey’ versi comel dan kelakar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG anne_achey_
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

