Connect with us

Artis / Selebriti

” Tuanku Permaisuri angkat kening lagi tu sempoi.. ” – Netizen

Video YDP Agong, Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Berkenan Membaca Berita Di Buletin Utama Buat Ramai Teruja. Wah Sempoi Sungguh Pasangan Diraja Ni. Sempat Berborak Lagi Masa Baca Berita, Hehe !!

Meninjau di akaun Instagram milik stesen radiao Kool FM telah dikongsikan video yang memaparkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli berkunjung ke Media Prima pada hari ini.

Selain itu, Baginda berdua juga hadir ke konti radio Hot FM dan disambut mesra oleh penyampai radio Fara Fauzana, AG dan Johan. Meninjau akaun Instagram TV3 pula dikongsikan video yang memaparkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong telah melakar sejarah apabila memperlihatkan bakat menyampaikan berita.

Klik gambar untuk info..

Kemunculan istimewa di slot khas Buletin Diraja pukul 8 malam tadi menarik perhatian warganet. Ada yang meluahkan rasa teruja melihat pasangan Diraja ini duduk di kerusi pembaca berita serta Tuanku dan Permaisuri kelihatan begitu sporting.

Ada juga mengatakan tidak lama lagi ramai akan merindui Raja yang paling berjiwa rakyat ini kerana Agong dan Raja Permaisuri Agong bakal menamatkan pemerintahan pada 30 Januari 2024 nanti dan berangkat pulang ke negeri Pahang.

Tonton video di bawah ini :

View this post on Instagram

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon diberikan mereka. Antara komen-komen menarik adalah :

” Tuanku Permaisuri angkat kening lagi tu semp0i.. Sporting habis lah tengok td.. Akan rindu dua wajah ini yang begitu berjiwa rakyat.. “

” MasyaAllah tabarakallah comei nya kedua2 Tuanku kesayangan kami..  Hahahaha sumpah comel.. Tengok video ni tersenyum tengok.. Like 10,000 kali lahhh.. “

” Tak pernah tak kelakar & selalu bersahaja. Pasti rakyat merindui keduanya selepas ini.. Comelnya tuanku permaisuri angkat kening tu.. “

” Semoga Allah kurniakan kesejahteraan buat Tuanku , dilanjutkan usia dan dalam lindungan rahmat Allah. Doa dari patik.. “

” Nnti mesti rindu sweet2 Tuanku ber2.. Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku berdua dan sentiasa dalam lindungan Allah, amin.. “

” Paling rare dan paling sempoi antara raja dan permaisuri yang memerintah.. Berjiwa rakyat dan sporting sangat walaupun mereka Raja.. “

” Terpaling comel, hehehehehee.. Kita tgk pun rasa tak puas.. Ayat last tu paling mencuit hati, hahaha.. MasyaAllah bahagia betul tengok Agong dan Permaisuri.. “

Klik gambar untuk info..

Alahai sempat lagi menyakat antara satu sama lain, memang sporting dan sempoi sangat. Apa-apa pun semoga Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong terus diberikan kesihatan yang baik dan segala urusan sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG hotfm976, kool101my, buletintv3

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT