Artis / Selebriti
” Tingtong la Pompom ni, haha.. ” – Yusry KRU

Video Elly Mazlein melakonkan babak POV Bila Tak Dapat Pergi Konsert KRU buat warganet terhibur. Amboi Kak Lina, tengah menangis pun sempat lagi berjoget ala-ala KRU. Kelakar sungguh, Yusry pun turut terhibur, hehe..
Konsert GenKru bakal diadakan pada 4 Mei 2025 bertempat di Axiaa Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Dikhabarkan tiket hari pertama konsert habis dijual dalam masa 1 jam sahaja. Manakala tiket hari kedua konsert pula habis dalam durasi 45 minit.
Meninjau entry di akaun Instagram Astro Ceria dan Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Elly Mazlein atau Kak Lina melakonkan adegan POV Bila Tak Dapat Pergi Konsert KRU. Dari awal sehingga ke akhir video, gelagat Kak Lina menggeletek hati warganet.
Untuk yang membesar di era 80an dan 90an, bukan mudah untuk mendapatkan pelepasan ke konsert pada masa itu. KRU nama yang cukup gah dan menjadi kegilaan ramai suatu ketika dulu. Melihat lakonan Kak Lina, ramai yang mengatakan situasi itu sangat relate dengan pengalaman mereka.
Mimik muka Kak Lina dan tarian KRU yang dilakukannya itu mencuit hati semua. Berilah apa sahaja watak pada Kak Lina, pasti akan dilakonkan dengan baik. Bukan warganet sahaja yang tergelak dengan lakonan Kak Lina itu, malah ahli kumpulan KRU turut terhibur menontonnya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aduuhhh dah kluar dah Nama baru dia, KruLina pulak haha.. siap bunyi kucing tu tak tahannya.. penat aku ketawa tengok kepom ni.. “
” KruLina pulak, kau hader haha.. nasib bukan Skrulina haha.. dalam duk meraung, dan lagi dia menari tu haha.. “
” Takut nak ngempas pintu kan? Kalo hempas kena plak lg kang 2nd wave haha.. zaman2 kita dulu mn berani nk hempas2 elok2 dpt sekli,boleh dpt bnyk kli hempas pintu tu.. “
” Dia punya showmanshipp buat bideooo memang A , KRU selit selit la linaaa de pom pom dkt vvip.. “
” Patut kepom kene nynyi lagu apa saja untukmu…. Hahahahah.. aku la ni frust tak dpt pegi tapi nak lari mana pun tak tau.. “
” Alamakkkk boleh relate.. Kita fly hostel kot g konsert KRUMegaTour 1997.. Cikguuuuuuuuuu krulina pegi sekolah pakai stokin purple.. “
” Tapi krulina budak sekolah lagi, bagi chance kat acik-acik dulu boleh tak nak battle tiket nanti haha.. “
Yusry juga ada meninggalkan komennya di posting ini :
Lakonan Kak Lina sememangnya mencuit hati. Tetapi memang ramai sebenarnya yang mengalami situasi seperti ini ketika zaman persekolahan. Ini betul-betul knangan mengusik jiwa. Apa-apa pun, ramai juga yang tidak sabar untuk menyaksikan konsert KRU nanti. Agak-agaknya Kak Lina dapat pergi tak, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Ceria, Elly Mazlein, IG Yusryabdhalim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral4 days ago
” Saya sendiri yang mengkhafankan semula Almarhumah Zara selepas proses post mortem.. ” – Ustazah Marhamah
-
Viral6 days ago
” Tapi apabila mereka keluarkan, saya sudah menangis.. ” – Penggali Kubur Zara
-
Viral2 days ago
” 23 hari, apa bau yang kita tidak dapat cium tapi kami tidak tercium apa bau pun.. ” – Imam
-
Viral5 days ago
” Masa Zara masih di hospital, mamanya ada pesan dengan mamaku.. ” – Bapa Saudara Zara
-
Viral6 days ago
” Nak gali semula dan buat post mortem bukan keputusan yang mudah, dia tak nak anak dia sakit lagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Hebat ni betul-betul peguam Melayu asli untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Kenapa bedah siasat tak dilaksanakan sebelum dikebumikan kali pertama ? ” – KJ
-
Viral5 days ago
” Aku dapat panggilan daripada mamaku sendiri yang sedang meraung menangis.. ” – Bapa Saudara Zara