Artis / Selebriti
” Thank you Iqram Dinzly. At least ada orang cerita tentang arwah secara personally.. ” – Komen Netizen

Iqram Dinzly tampil pertahankan isteri Ridzokumura, arwah Akiko dan dedahkan sikap Akiko yang ramai tidak tahu. Penjelasan daripada orang yang rapat dengan keluarga Ridz. Tolonglah hadam untuk yang menuduh bukan-bukan tu..
Kecoh diperkatakan di media apabila kenyataan rasmi daripada pihak PDRM mengesahkan berita wanita yang terjatuh dari tingkat 4 sebuah kondominium minggu lalu adalah isteri kepada Ridzokumura, Akiko Okumura. Pelbagai respon diberikan oleh wargamaya terhadap Ridz, baik kata-kata semangat, mahu pun kecaman.
Melihat situasi ini daripada pihak sahabat baik kepada Ridz, aktor Iqram Dinzly bersuara di live Tiktoknya. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Maroseaslegacy, telah dikongsikan sedutan video live tersebut. Iqram memberikan penjelasan yang sejelasnya kepada semua mengenai Akiko.
Kata Iqram, Akiko bukan lah seperti yang diperkatakan oleh sebilangan warganet. Akiko lambang seorang isteri yang baik dan berkhidmat sepenuh hati untuk Ridz dan anak mereka, Sky. Akiko seorang wanita yang tinggi budi pekertinya dan lemah lembut tutur katanya.
Iqram turut berkongsikan pengalamannya dapat meluangkan masa bersama Akiko ketika pulang ke Ipoh tahun lalu. Andaian dan kecaman yang dilemparkan oleh sebilangan warganet terhadap Akiko dan Ridz sangat tidak berasas dan ianya jauh daripada keperibadian Akiko yang sebenar.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@maroseaslegacy Hentikan cerita yang tidak menyenangkan.. Hormati keluarga roh, yang penting perasaan mereka #salamtakziah #tenangisgood #sky #rizkomura #akiko #fypγ·tak #maroaslegacy
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Thank you Iqram Dinzly. At last ada orang cerita tentang arwah secara personally. So, kepada yang “ter’paling’ tau apa yang jadi tu”, dah boleh stop buat andaian sendiri. JUST STOP.. “
” Kita masuk syurga bukan krn amal. Kita melainkn dgn Rahmat Allah SWT, berbakti pd suami dan ank scra ikhlas mungkn tu asbab syurga tertggi buatnya.. “
” Silap2 darjat arwah lagi tinggi daripada kita.. siapa lah kita nak menilai kebaikkan seseorang tu di akhirat nanti. So, please stop.. “
” Betul ckp Iqram. Org jepun adab n sopan sngt tinggi.. negara depe pn bersih… X mustahil lh arwah Tu org nye beradab… ckp pn sopan.. “
” Saya kenal ridz tu dr sebelom sky ada.. mmg arwah tk de kawan… itu mmg dia.. tk de mana de nk stress.. itu minat dia.. korng jgn pandai nak memandai2.. “
” Betul dia ckp, ble ridz tak cerite sibuk tnya-tanya.. tapi beli orang tu cite ehh cakap ada plot twist pulak aku tak paham la.. “
” Thank u for this info ikram.. pls tell Ridz don’t brother apa org cakap tak elok.teruskan hidup itulah takdir.saya percaya Ridz sgt happy dgn Akiko.dan Akiko pun bahagia dgn Ridz both org baik alfatihah.. “
” Aku yg lelaki pn rasa sebak bila ingtkn kaka akiko,seorang wanita yg baik. tatasusilanya tinggi.. Arwah akiko vibe mcm arwah ct sarah,vibe yg patut di contohi olh semua perempuan yg bergelar seorg WIFE, my personally.. “
Penjelasan Iqram yang cukup jelas untuk semua yang masih bercakap-cakap buruk mengenai punca pemergian Akiko. Semoga tiada lagi yang mengatakan perkara yang sensitif dan mengecam Ridzokumura dengan pelbagai kata-kata cacian. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Akiko.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok maroseaslegacy, IG Ridzokumura, Tiktok Iqramdinzly
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sejak bila Abang Long lucu. Dengan Amira, keluar perangai sebenar dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Short, simple and sweet. Dia betul betul mengangkat darjat Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Comelnya gelagat kak long di dapur. Geram dengar dia cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Deep sangat sampai ke dalam jiwa. Kak Long anak yang sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago
” Best suara dia, menusuk kalbu. Terbayang arwah SS weh, sumpah aku nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terngiang-ngiang Kak Ning punya suara bila mengaji. Sedap sangat.. ” – Komen Netizen