Artis / Selebriti
” Terhibur tengok, gambar yang raised hand tu dah macam pegawai trafik, haha.. ” – Netizen
Gambar-Gambar Reaksi Wajah Anak Kedua Scha Alyahya, Lila Amina Ketika Bergambar Di Sekolah Buat Ramai Terhibur. Semua Gambar Muka Tak Rileks Langsung Lah Lila, Haha !!
Umum mengetahui pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan. Anak sulung pasangan ini diberikan nama Lara Alana dan anak kedua pula diberi nama Lila Amina. Jika dilihat wajah Lara dan Lila begitu seiras.
Sebelum ini, Scha dan Awal sering berkongsi video gelagat anak kedua mereka, Lila. Terbaru, meninjau ke akaun TikTok schaalyahya telah dikongsikan video yang memaparkan album gambar-gambar terbaru Lila. Menerusi gambar-gambar itu, kelihatan Lila sedang bergambar di sekolah.
Namun reaksi wajahnya ketika bergambar membuatkan ramai terhibur. Di ruangan kapsyen telah ditulis ‘ Sekolah Pulis ke ni’ gara-gara wajah Lila yang nampak begitu garang. Malah semua gambar Lila tiada langsung wajahnya yang memberikan reaksi senyum.
Ada peminat mengatakan meskipun gambar Lila tidak senyum, Lila tetap kelihatan comel. Ada juga berseloroh yang Lila kelihatan seperti seorang polis trafik menerusi salah satu gambar yang dikongsikan. Sehingga kini, video gambar Lila ini menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini :
@scha.alyahya Sekolah Pulis ke ni ..
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Terhibur tengok, gambar yang raised hand tu dah macam pegawai trafik, haha. Lila2, buat muka pun maintain comel lah, haha.. “
” Puas I pk Lara ke Lila. Kot2 lah mami bukak album lama, sbiji betul muka kakak dia.. Lila marah siapa tu, hahaha muka garang betul.. “
” Hahahaha… Mummy moody ke time pregnant smpai terbawa2 dah walaupun dah keluar perut.. Hahaha.. Lwak lah Lila oii.. “
” Hahahahhahahahahahaha ya Allah Lila, hahahahahaa gerammmm betulllll.. Muka garang tapi comel. Camne tu, hahaha.. “
” Perangai anak no dua memang lain, hahaha special skit.. Dia lah penghibur, hahaaha.. Tak ada satu pun gambar dia senyum, haha.. “
” Semua gambar tak rileks langsung, hahaha.. Kena paksa bergambar ke ni.. Allah, aunty tengok tak berhenti ketawa Lila.. “
” Perangai anak no 2, mengaku sebab saya masa kecik pon macam ni juga dulu. Ambil gambar tak pernah nak senyum, haha.. “
Alahai Lila, serius betul muka, tak ada mood nak ambil gambar ke. Ragam anak nombor dua memang lain daripada yang lain, tapi perangai mereka kadangkalanya sangat mencuit hati. Apa-apa pun, semoga Lila terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik buat kedua orang tuanya.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok scha.alyahya, IG schaalyahya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adoi penat gelak, letih ada suami macam ni. Terbatal niat nak kurus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Siap beriba dengan Tengku Ahmad, first time tengok ni. Tengku Ahmad sekali kena siram.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya dah mula sayang dengan Kilauan Emas, tup tup masa saya dah habis.. ” – Roy Azman
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Apasal aku nangis dengar nasihat Fattah tu. Allah uji dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Really amazing performance. Meremang bulu roma dengar suara Shila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Laju Fattah lari, nak putus nafas dah kawan tu kejar. Nabil main tipu pun kalah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Berkaca-kaca mata dia menahan sebak. Dollah ingat apa yang ibu dia cakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” No wonder lah mertua Sarah sayang dengan Sarah.. ” – Komen Netizen