Artis / Selebriti
” Terharunya tengok, pandai Rina tenangkan Maryam.. ” – Komen Netizen
Video Rina memujuk Ommanya, Maryam You Narae yang menangis kerana disahkan terkena Diabetes masa hamil (GDM) menyentuh hati ramai. Alahai pandainya Rina pujuk Omma, sweet sangat Rina..
Anak pempengaruh dan youtuber terkenal, Nik You Rina seringkali menjadi perhatian warganet kerana kepetahannya bercakap. Walaupun usia Rina baru menjangkau 3 tahun tetapi Rina sudah menunjukkan banyak sikap yang baik seiring dengan asuhan dan didikan Maryam dan Ryzal.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Duriankimchi _juni8, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Maryam sedang menangis kerana Maryam disahkan mengidap Diabetes masa hamil (GDM). Memandangkan Maryam kini sedang hamil, masalah GDM ketika hamil itu antara perkara yang selalu dihidapi oleh ibu hamil yang lain juga.
Untuk pengetahuan semua, GDM atau atau nama penuhnya Gestational Diabetes Mellitus adalah masalah diabetes yang terjadi kepada sesetengah ibu yang sedang hamil. Ianya boleh memberi kesan sampingan kepada bayi di dalam kandungan. Oleh kerana memikirkan bahaya yang boleh terjadi kepada anak dalam kandungannya itu membuatkan Maryam menangis.
Rina yang melihat Ommanya menangis cuba memujuk supaya tangisan Maryam tidak berterusan. Comel sahaja melihat gaya Rina memujuk Maryam. Rina sangat memahami kesedihan Omma nya itu. Beruntung sungguh Maryam ada anak yang prihatin seperti Rina.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@duriankimchi_juni8 tolong doakan kesihatan maryam ye #nikyourina #maryam #ryzalibrhm #duriankimchijunior #duriankimchi #fyp
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 37 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Bkn sbb kena gdm sgt sebenarnya. More to emosi ibu mengandung . masa mengandung ni semua benda rasa nk nangis, xde benda pun tetap rasa nak nangis.. “
” Insyaallah.. boleh sembuh. kdg masa preggy jer, ada diebetes, lps bersalin hilang. apapun jangan sedih.. jaga emosi Maryam. mesti ada penawar dan jaga balik permakanan.. “
” Rina clever girl. Know how to comfort her omma.. don’t worry maryam. tu pembawakan baby shja. kalau da jaga makan apa semua still kena gdm tu sbb pembawakan. slalunya just gdm on diet control je, just kena jaga mkn mcm sy, lps bersalin tkde da gdm.. “
” So sweet Rina.. Awww rina sebut hajima hajima, terngiang terus hajima hajima lagu taeyang bigbang.. “
” Alah Rina sayang, pandai dia pujuk Omma. Rina anak yang bijak dan behave.. kecil lagi dah pandai tenangkan Omma.. “
” Rina will be a great and loving big sister.. terharunya tengok, best ada anak yang prihatin macam Rina ni.. pandai pujuk omma.. “
” Aww rina good girl.. pandai ambik hati mak dia . InsyaAllah maryam dipermudahkan dan dilancarkan sampai bersalin.. “
Bagus betul Rina, tentu Omma pun merasa sedikit tenang dengan pujukan daripada Rina itu. Jangan risau Maryam, apa yang penting untuk sekarang, Maryam hanya perlu menjaga makan dan tidak berlebihan mengambil makanan dan minuman manis. Insha Allah semuanya akan berjalan dengan lancar sehingga baby selamat dilahirkan nanti.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Duriankimchi junior
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Allahuakbar, banjir air mata sangat-sangat dah ni. Sedihnya Ya Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tak pernah dengar dia speaking selama ni, bestnya dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menjadi lah Bell buat, Yusry pun terbahak ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dengar suara Sallman jadi sedih pula. Suara SS dalam diri Sallman.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Stop kejap dada ayah nak.. ” – Achey Bocey
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Merdu betul suara Hadie ni, kita yang dengar dia nyanyi pun rasa terbuai-buai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar Amad nyanyi. Susah lagu ni, dia selamber je nyanyi. Dahsyat control suara.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Budak-budak ni berlakon, kita pula blushing tengok, haha.. ” – Komen Netizen