Artis / Selebriti
” Ala satu juta, takkan aku tak boleh bayar.. ” – Dato’ Seri Vida

Video Michael Ang kongsi apa yang diceritakan oleh Dato’ Seri Vida yang ramai tak tahu mengenai isu rumah disita gara-gara hutang 1 juta ringgit. Oh itu rupanya cerita di sebalik apa yang jadi. Patut lah Dato’ Vida tidak mahu bayar..
Menerusi perkongsian sahabat baik Dato’ Seri Vida, Michael Ang telah dikongsikan satu video yang memaparkan Michael memberitahu perkembangan terkini dan respon DS Vida mengenai isu hangat yang dikaitkan dengan dirinya kini yang menjadi buah mulut ramai.
Semalam kecoh apabila rumah dan beberapa buah kereta DS Vida disita kerana dikatakan tidak membayar hutang yang sudah bertahun-tahun lamanya. DS Vida tidak berada di dalam negara dan kini berada di China. Terang Michael, DS Vida menceritakan secara detail hal sebenar dan isunya agak panjang.
Semuanya diserahkan kepada pihak peguam untuk menguruskan. Kes ini bermula apabila DS Vida tidak membayar penuh bayaran kepada pihak yang menyamannya kerana kerja yang diberikan tidak disiapkan. Bagi pihak DS Vida, dia tidak merasakan dirinya bersalah dalam hal ini.
Tambah Michael lagi, warganet tidak perlu membesarkan hal ini dan biarlah peguam DS Vida menyelesaikan hal ini mengikut undang-undang. Michael juga memberitahu DS Vida bakal mengerjakan umrah ke tanah suci Mekah selepas ini. Semua perlu menunggu sehingga DS Vida selamat pulang dari Mekah nanti untuk sebarang persoalan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dsv jutawan kot.. jual pamoga dulu sale dia 200juta kot.. mkn x habis.. dulu majoriti setiap umah ada pomoga.. “
” Tengok dsv relax tenang pun dh boleh agak dia tak salah n mesti ada story yg buat dia tenang tenang n mesti dia dh standby tindakan yg wajar… org bijak jarang menggelabah.. “
” Betul apa aku sgka. Dia duit jenuh xkan la xnak bayar. Melainkan kerja cincai. Nak2 company M. Suka buat msalah sbab tu susah nak maju. Sorry la kalau ada yg xstuju tapi mostly macam tu.. “
” Tu laa 1juta tu celah gigi dia ja. takkan laa dia takleh bayar dkt kontraktor tu.. Sokong dato vida.. “
” Kalau kat anak blh transfer RM70k mcm tu jer mestilah ada sbn dia tak nak bayar. Setakat 1 juta dia ambil duit bawah sinki dapur rumah dia je.. “
” Ok mike, dah jelas. Hat ni cerita kit dah faham. Xdak putaq belit pak abu.. Bagus la Mike ni… at least we know d truth. Apa2 pun harap settle la sooner or later kan.. “
” Terpikir jugak masa posting cik b tu mimta Dato duit belanja. Takat 1 juta adudu.. “Ala satu juta, takkan aku takley bayar?!” Hahahhahahaha terbaiklah DSV.. “
Penjelasan yang jelas daripada Michael mewakili sahabat baiknya itu. Untuk masa sekarang, beri ruang untuk DS Vida menyelesaikan isu ini dengan sebaik-baiknya. Semoga segalanya dipermudahkan untuk DS Vida dan semua berjalan lancar.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Michael Ang, IG DSV
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Jujur sangat doa tu Amayan. Tak boleh bayangkan kalau Dato’ Vida jadi mak mertua, haha.. ” – Komen Netizen