Artis / Selebriti
” Tengok sampai habis untuk tengok perangai sebenar bini Fuad ni.. ” – Farah Lee
Farah Lee Kongsi Video Throwback Sepanjang Majlis Resepsinya Di Ibu Kota. Alahai Masing-Masing Masih Malu-Malu Lagi. Part Last Tu Kelakar Dan Sweet Sangat. Sempat Lagi Kan Farah, Haha !!
Baru-baru ini, personaliti media sosial dan aktivis, Farah Lee selamat bergelar isteri buat kali kedua. Khabar gembira itu dikongsikan oleh Farah menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya. Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya bernama Muhammad Fuad Hashim.
Cantik mengenakan pakaian ringkas sedondon berwarna hitam, majlis pernikahan Farah ini dihadiri oleh ahli keluarga dan ianya dilihat sangat klasik. Selepas majlis pernikahan itu, mereka juga mengadakan majlis respesi bertemakan warna putih di Terengganu.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Farah, telah dikongsikan lagi video throwback ketika majlis resepsinya yang kedua di Ibu Kota. Majlis ini dihadiri oleh rakan selebriti, rakan rapat dan juga bekas suami Farah yang juga personaliti TV3, Ally Iskandar.

Tulis Farah di ruangan kapysen meluahkan rasa syukur segala urusan majlis perkahwinannya berjalan dengan lancar dan mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sentiasa bersamanya. Namun apa yang mencuit hati adalah saat akhir video itu memaparkan telatah kelakar Farah.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain menyukai perkongsian video oleh Farah, masih ramai yang menitipkan ucapan tahniah buat Farah serta pasangan. Antara komen-komen warganet adalah:
” Hahahaha last tu memangggggg.. My dream wedding.. Moga bahagia selalu kak Farah dalam kasih sayang dan rahmat Allah. Do pray for me if u read this.. “
” Papepon, happy 1monthsary Farah Lee & Fuad Hashim.. Comel je tengok perangai masing2 masih malu2 lagi.. Tahniah korang.. ‘
” Orang ganu memang lawo2.. Tiber haha.. Suka tengok sis Farah.. Simple tapi cantik, semoga berkekalan sehingga jannah.. “
” Hahaha kelakar juga Farah ni.. Rezeki tu dapat kahwin berpuluh kali dengan suami yang sama.. Betul kata farah, 5tahun pun tak habis lagi jadi pengantin.. “
” Alhamdulillah. Tahniah Farah & Fuad. Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma fi khair. Sweet sngt.. “
” Yg last plg sweet.. Blueekkkk.. Sempat lg erkk hahaha.. Barakallah Farah n Fuad.. Berbahagia lah hingga ke syurga tertinggi.. “
” Sekali kali tengok tersenyum pula kita tengok perangai Farah.. Faham2 fasa masih mengenali dan malu2, hehe.. Tahniah dah bergelar isteri, semoga bahagia hingga ke akhir hayat.. “
Alahai sempat lagi kan Farah, tapi nampak Farah masih malu-malu dengan suaminya. Bak kata Farah, perkenalan mereka berlaku dalam tempoh begitu singkat dan tidak sempat bercinta sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga. Apa-apa pun semoga Farah dan Fuad akan bahagia bersama dan hubungan mereka akan berkekalan hingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG farahlee
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti4 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kelakar betul lah Mr E, tak kering gusi dibuatnya. Mr E ni unpredictable tapi fun.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku tak boleh la tengok baby ni. Lebih 10 kali aku ulang tetap berdekah ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Makin power suara Hadie, nyanyi live sedap sangat. Makin yakin atas stage.. ” – Komen Netizen



