Artis / Selebriti
” Tak terfikir nak siuuu tu, haha comel.. ” – Komen Netizen
Video Adik Sadha Yang Viral Akhirnya Dapat Berbual Dengan Faisal Halim Buat Ramai Terhibur. Rupa-Rupanya Ringkas Jer Pesanan Adik Sadha Buat Faisal. Bukan Senang Nak Buat Faisal Bangun Pagi, Macam Tu Adik Sadha Siuuu. Habis Semua Berdekah Gelak !!
Meninjau ke akaun Instagram Hotfm, perkongsian sebuah video yang memaparkan perbualan adik Sadha dan pemain bola sepak, Faisal Halim menerusi panggilan telefon telah meraih perhatian ramai. Panggilan ini bertujuan untuk menunaikan hasrat adik Sadha yang meminati Faisal Halim.
Semalam Adik Sadha telah dijemput ke konti Hotfm dan menyatakan ingin bercakap dengan Faisal Halim ketika perbualan telefon bersama Arif Aiman. Di awal panggilan dapat didengari seperti adik Sadha tidak menyangka yang dirinya sedang bercakap dengan Faisal.
Adik Sadha agak terkejut apabila mendengar nama Faisal Halim. Namun setelah diasak oleh Fara Fauzana, AG dan Johan untuk meneruskan perbualan, adik Sadha meneruskan perbualan. Di akhir perbualan, pesanan yang diberikan oleh adik Sadha kepada Faisal membuatkan ramai terhibur.

Perkongsian video ini telah menerima lebih lapan ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Adik Sadha sememangnya seorang yang menghiburkan dan cukup selamba. Lawak sungguh lah gelagat adik Sadha ni, berdekah-dekah gelak dibuatnya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Siiuuuuuu dia bagi.. Comellllahhhh adik Sadha.. Siuuuu.. Give this boy a gold medal, siuuuuu.. Terbaikkkk la dikkkkk.. “
” Weh siuuu dia bagiii.. dia nak cakap siuu je.. Dia bagi trademark Ronaldo trusss.. adoi kelakar lah kau dik.. Siuuuu tu apa tak paham.. “
” Siuuuuuu dia bagi x kosong adik ni. Bole pegi jauh adik ni. Dia mmg random..x trpikir wei..siuu.. Comel lah adik sadha ni.. “
” Haha tak terfikir nak siu tu. Comell.. Best la suasana bolasepak mcmni … Terima Kasih Dik jiwa yg telus.. pasni call bergson pulak.. adik sadha nak jersey dia.. “
” Siuu dia tu dah mcm bunyi sinchan.. kalau dah rezeki adik ni kan . terbaik.. rezeki adik dpt ckp dgn AA42 & FH7. Adik ni menyatupadukan fans2 bola Malaysia.. “
” One and only player aku respek FH… walaupun idola aku safee sali tp dr segi motivasi FH ttp aku salute.. Dikkkk… awak da terkenal da 1Malaysia.. “
” Semalam cakap dgn Arif Aiman, arini Faisal Halim. Terbaikk dikk.. Da bole minta sekolah masuk dlm markah PAJSK da dik… mantaps.. “
Nampaknya adik Sadha semakin dikenali ramai bukan sahaja di kalangan peminat bola sepak sahaja. Adik Sadha ni memang boleh menjadi seorang pelawak lah. Adakah Hotfm akan menunaikan permintaan adik Sadha yang inginkan jersey Bergson pula, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG HotFM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Habis lah seminggu Papa sindir gitu ler Kak Lina. Papa balas halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen

