Artis / Selebriti
” Tak Sangka Puteri Sarah boleh melawak. Best sangat kumpulan Gebu, berdekah gelak.. ” – Komen Netizen
Video Sedutan Persembahan Kumpulan Gebu Di Muzikal Lawak Superstar Buat Ramai Terhibur. Wah Tak Sangka Puteri Sarah Liyana Pandai Melawak. Part Punchline ‘Nak Get Back Dengan Yang Lama’ Tu Berani Betul Ye. Dah Lah Datin Patimah Ada Datang Tu, Hehe !!
Rancangan realiti hiburan, Muzikal Lawak Superstar musim keempat kembali bersiaran bermula 22 September 2024 bertempat di Pusat Konvensyen CIDB. Penglipur Lara Hikayat Berdekah Kah Kah merupakan tagline yang digunakan untuk musim ini dengan tema ” Magika “.
Seramai 10 kumpulan akan berentap dan salah satu daripadanya adalah Kumpulan Gebu yang dianggotai oleh Mamak Puteh, Ilham Abata dan Puteri Sarah Liyana. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sooka Malaysia dan Astro Malaysia, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan persembahan kumpulan Gebu semalam.
Jika selalunya warganet disajikan dengan lakonan Puteri Sarah yang serius, percaturan Sarah kali ini menjadi. Ramai yang tidak menyangka Puteri Sarah boleh melawak sebegini. Punchline yang Kumpulan Gebu gunakan pada skesta mereka berkaitan dengan Puteri Sarah membuatkan dewan gamat dengan gelak ketawa.

Part Mamak Puteh meminta Puteri Sarah untuk memilih yang baru atau get back dengan yang lama menghangatkan suasana. Lain macam betul lawak kumpulan Gebu ini. Sudah lah ibu mentua Puteri Sarah, Datin Patimah turut hadir dan ada di kerusi penonton.
Jom tonton video di bawah :
@astromalaysia Yang pasal H tu macam hmm 🤔🫣 #MuzikalLawakSuperstar2024 #AstroBaharu #JomUsha
@sookamalaysia Berdekah CIDB dengan punchline #Gebu ! Korang support Gebu dalam #MuzikalLawakSuperstar tak? #MuzikalLawakSuperstar4 #Fyp #Komedi #PuteriSarahLiyana
Perkongsian ini telah meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Gebu paling best, Puteri Sarah tak sangka lawak haha.. Terpaling best dan paling gempak malam ni.. ayat semua sedass bagi.. “
” Puteri Sarah Liyana lucu jugak yea.. sportingnya puteri Sarah, pandai lawak puteri Sarah, terhibur saya.. paling gempak 10/10.. “
” Wow gempak weiii team gebu the besttt.. sporting dan open minded laa puteri Sarah.. All the best team gebu u all Amazinggg.. “
” Tak Sangka puteri sarah bole melawak.. keluar2 air mata terlampau gelak lawak dorg.. part puteri sarah Masuk nyanyi tu pon dh gelak.. “
” Berdekah ketawa, best sangat.. ayat semua power eh. lawak PSL ni.. ni la lawak level oscar.. kelakar sangat.. “
” Wow putri salah letopppp happy nye titew putri sarah kitew kuar menyanyi.. antara yang best malam ni.. “
” Sakit perut gelak haha.. Terbaik Gebu, happy kita tengok semalam. tak tipu erk gebu je blh buat aku gelak wey semalam.. “
Kumpulan Gebu cukup menyerlah untuk minggu pertama ini dan hasil usaha mereka bertiga diberikan pujian oleh juri dan juga warganet yang menonton. Ini baru minggu pertama, bakal ada 9 minggu lagi dan semoga Kumpulan Gebu dapat melakukan yang terbaik dan melangkah ke final.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sooka Malaysia, Tiktok Astro Malaysia, Youtube Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Diganggu wanita misteri sebelum waktu berbuka.. ” – Fedtri Yahaya

