Artis / Selebriti
” Tak jadi nak seram tengok rumah Cik B sebab lagi seram dengar harga sewa.. ” – Komen Netizen
Dato’ Seri Vida Kongsi Video House Tour Rumah Yang Disewakan Untuk Cik B Di Spain. Wah Rumah Mewah Yang Cukup Klasik Hiasan Dalamannya. Sekali Dato’ Vida Sebut Harga Rumah Sewa Tu, Cik B Sendiri Pun Terkejut Dengar !!
Umum mengetahui Dato’ Seri Vida kini berada di Barcelona, Spain untuk menghantar anak perempuannya, Cik B yang menyambung pengajian di sana. Kacak juga turut sama menemani mama dan kakaknya ini. Selain mereka bertiga, beberapa orang pembantu juga dibawa untuk tinggal bersama Cik B.
Meninjau entry terbaru di akaun Tiktok Dato’ Seri Vida, telah dikongsikan satu video yang memaparkan DS Vida membuat house tour kediaman yang disewakan khas untuk Cik B. DS Vida memilih sebuah rumah mewah 5 bilik yang dilengkapi dengan perabot.
Tidak itu sahaja, rekaan dalam rumah ini juga cukup klasik dan ianya bertepatan dengan citarasa Cik B. Selain pengajian dalam bidang perniagaan, Cik B juga akan mengambil course dalam bidang culinary sepanjang 3 bulan pengajian di sana. DS Vida menunjukkan ke semua ruangan yang ada dalam rumah itu.

Mempunyai bilik tidur yang luas dan selesa, bilik air juga besar dan ada pemandangan yang indah dapat dinikmati dari jendela rumah. DS Vida turut memaklumkan rumah ini disewa dengan kadar RM5000 sehari (bukan sebulan) dan ini membuatkan Cik B sendiri terkejut mendengar akan harganya.
Jom tonton video di bawah :
@datoserividaofficial Alhamdulillah Mujur @cikb_havoc66 suka! #datosrivida #cikbhavoc #barcelona #spain #salmonskindsv #salmonskincikb #foryou #foryoupage #fypシ゚viral
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih 55 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tak jadi nak seram tengok rumah cik b sebab lagi seram dengorr harga sewa 5k sehari.. Rm450,000 3bulan.. aku sewa rm300 sebulan menanges ikat perut.. “
” 5 ribu shari .. subhanallah .. bljr rajin2 ya cikb .. bangga Kan mama .. insyaAllah . jaga diri slalu ya cik b di tmpt org.. “
” 3 bulan.. rm450k. DSV sebaik mngkin cari rumh yg besar utk keselesaan anak2. sebnarnya cik B baru tahu 5k/hari (sambil mengeluh mahal) kacak pn nak duk blk kecil. tapi di marh dsv srh duk blk besar.Dsv letak anak no 1.. “
” 5 k sehari x 3 bulan mau 450k.. ya ampun.. b40 beli rumah 250k pun hutang 30 tahun.. I can’t brain.. “
” Macam manalah Dato’ vida didik si kacak ni. humble sungguh. banyak² bilik lawa² dia cuma request nk bilik kecik jer. Allahuakbar, moga kacak jadi anak yg Soleh dunia dan akhirat.. “
” Bestnya cik b. mungkin dlm masa yang sama cik b pun ada saving sendiri untuk tampung.. and Mak nya pun dah ada saving untuk bagi cik b smbung belajar dengan tenang.. “
” Seronok tengok DSV ni, tak berkira langsung dengan anak-anak.. 5k sehari, 3 bulan 450k.. Boleh buat 2 biji rumah.. “
Mahal dan tidak semua mampu untuk membayar harga yang DS Vida keluarkan untuk Cik B. Namun semuanya untuk keselesaan Cik B dan harapan DS Vida agar Cik B akan menjadi pewaris kepada empayar perniagaannya. Belajar rajin-rajin Cik B dan jaga diri di tempat orang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Datoserividaofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila tak sempat ikut resepi, tapi sempat ikut menari je.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Macam tu je dia puji orang lain depan mak dia. Memang terlebih jujur Rina ni.. ” – Komen Netizen

