Artis / Selebriti
” Tak dapat tengok Akiko masak lagi. Akiko sepatutnya hari ni.. ” – Ridzokumura
Video Ridzokumura bercerita mengenai arwah isterinya, Akiko kepada Kak KM buat ramai tersentuh. Kuat betul Ridz, masih boleh setenang itu bercakap. Sebaknya, perancangan Akiko untuk bulan Ramadhan tak kesampaian..
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bukan mudah kehilangan insan tersayang, apatah lagi pemergiannya secara tiba-tiba. Ini lah yang dirasai oleh Ridzokumura apabila isterinya, Akiko disahkan telah pergi buat selama-lamanya. Berita ini juga adalah kejutan untuk semua yang mengikuti perkembangan keluarga kecil Ridz dan Akiko.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Kak KM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Kak KM berbual bersama Ridz. Kak KM antara rakan yang hadir ke rumah Ridz bagi memberikan semangat untuk Ridz dan Sky. Seperti biasa, Ridz tidak pernah lekang dengan ucapan terima kasihnya.
Kata Kak KM, dia memang ternanti-nantikan untuk melihat hidangan Akiko untuk bulan Ramadhan ini, namun semuanya sudah tiada lagi. Ridz juga memberitahu Akiko sebenarnya sudah merancang untuk keluar membeli barang dapur sepatutnya hari ini.

Namun sudah tertulis ajal Akiko telah sampai dan segala perancangan tidak kesampaian. Ajal dan maut semuanya di tangan Allah dan pastinya Allah merancangkan yang terbaik untuk Ridz dan Sky. Ridz dalam bergetar suaranya menahan sedih masih mampu tersenyum dan ini membuatkan ramai kagum.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@kakkmsayangg
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk semua :
” “Tak dapat tengok Akiko masak lagi” hurm sedihnya dengar. Al Fatihah semoga allahyarhamah di tempat di kalangan orang yy beriman.. “
” Sedih wey.. suka tengok arwah Akiko.. syurga buat mu.. Muka Ridz senyum tapi suara bergetar.. salam takziah untuk Ridz dan Sky.. “
” Saya dah alami. time orang dtg ziarah ramai kita bolh kawal lg perasaan hati. time dah duduk sendiri mcm gila saya rasa time arwah suami saya mngl. hingga la Ari ni.salam takziah riz Dan sky.. “
” Semua org tgu abg riz live masa sahur utk tgk arwah akiko masak. Alfatihah utk mu Akiko.. Abg riz ni dlm apa keadaan pun dia tenang je. Moga abg riz dgn sky kuat menghadapi ujian Allah.. “
” Begitu redha sekali si suami kepada si isteri yg tersayang .. Ya Allah mempermudahkan lah segalanya buat arwah… aamin3 Alfateha.. “
” Lembut je… redho je… ya Allah. mcm mna boleh sekuat ni ya ridz.. muka dia redha dan cukup tenang.. semoga terus kuat ridz.. “
” Menggigil suara abg ridz, abg kne sabar, nmpk raut wajah kehilangan, semangat pn dh xde, sedih nye tgok abg n sky, lpas nie kmi dh xdgr selorah abg gn arwah at live smbil arwah masak2.. “
” Allah… Abg riz ni,, sentiasa TENANG Dan lembut percakapan.. Abang riz selalu berendah hati.. tak lekang terima kasih di mulut dia. Semoga Abang kuat yaa. Tq kak KM.. “
Wajah yang tenang, namun getaran suara Ridz sudah menggambarkan kesedihan Ridz atas pemergian Akiko. Tiada lagi hidangan bersahur dan berbuka yang menyelerakan daripada Akiko. Ini pasti akan sentiasa dirindui oleh semua. Semoga Ridz dan Sky diberikan ketenangan dan kekuatan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Lianaroslishop
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jawapan yang bijak. Selera masing-masing kan, jangan judge.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku makan, roti tu pammm jatuh.. ” – Syamsul Ghau Ghau
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen

